"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SENDAAN TERHADAP PENGUAT KUASA & PENDAKWA RAYA

Jamal Ahmad
Sejak 1995, bermulalah kecenderungan saya untuk menjadi penjenayah terpimpin. Saya telah melakukan berbagai produk jenayah sambil meninggalkan bukti termasuk yang berada dalam kawalan CCTV bagi memudahkan identiti saya dikenal pasti. Antara produk jenayah yang saya lakukan ialah apabila membuat lapuran polis seperti yang tertera di bawah.
Berhubung dengan lapuran polis tersebut, sejak 1997 saya sentiasa menantikan tindakan dari penguat kuasa dan pendakwa raya. Namun sehingga kini belum ada sebarang tindakan kerana penguat kuasa dan pendakwa raya terlalu sibuk mencuci longkang, mencari kutu dan mencabut bulu.

Oleh itu pada 04 March 2011 sepucuk surat telah dihantar kepada pendakwa raya menawarkan supaya saya didakwa berhubung dengan lapuran polis tersebut dan sebagai balasan, saya akan mengaku bersalah terhadap tuduhan menipu (tiada kaitan dengan lapuran polis di atas) di bawah seksyen 417 kanun kesiksaan yang akan di sambung bicara pada 9, 10 dan 11 March 2011, di Mahkamah Sesyen Butterworth ( no. kes 62-101-10).Saya merayu agar pendakwa raya mengambil peluang penuh terhadap tawaran ini bagi mengelakan saya menjadi semakin nakal.

Sekiranya bukti/maklumat yang sedia ada masih belum mencukupi untuk membuat pendakwaan , penguat kuasa dipelawa menyerbu dan memecah masuk pintu permis kediaman saya. Semua bukti/maklumat akan diperolehi dengan mudah kerana saya sentiasa menjaga dengan rapi semua bukti jenayah yang dilakukan kerana saya adalah seorang penjenayah terpimpin (sewaktu serbuan pintu tidak akan di buka kerana saya cukup suka melihat penguat kuasa menggunakan peruntukan yang sedia ada, dengan gelojoh dan rakus memecah masuk ke permis saya).

JAMAL AHMAD
016-4763565
http://www.followme3.blogspot.com/

Tiada ulasan: