"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kerajaan negeri Selangor rampas tanah pemaju kerana roboh rumah panjang


PETALING JAYA, 4 JUN: Sehari selepas pemaju bertindak merobohkan dua rumah panjang penduduk kampung PJS1, kerajaan negeri hari ini mengeluarkan arahan merampas tanah milik pemaju seluas 11 ekar di PJS1.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata tindakan merampas tanah itu perlu dibuat berikutan pemaju, Peter's Brickworks Sdn Bhd gagal menjalankan tanggungjawab sosialnya, melaksanakan pembangunan dan menyelesaikan masalah setinggan dikawasan itu.

Untuk rekod, sebelum ini kerajaan negeri UMNO BN sekitar tahun 80-an menjual tanah serendah RM100 seekar kepada pemaju Lee Man Construction Company Sdn Bhd dan Kembar Empat Sendirian Berhad, untuk tujuan pembangunan.

Khalid turut menambah, kerajaan negeri pimpinannya turut diberitahu bahawa Syarikat Peter Brickworks Sdn Bhd telah dipilih oleh Bank Negara Malaysia untuk memajukan tanah tersebut.
  
Namun sehingga kini pihak pemaju gagal melaksanakan tanggungjawab sosialnya.

Justeru, kerajaan negeri nekad untuk merampas tanah tersebut untuk dimanfaatkan dengan membina rumah mampu milik dan sekolah untuk kegunaan masyarakat setempat.

"Kerajaan Negeri kesal kerana pemilik tanah telah gagal menyokong kerajaan negeri dalam mencari penyelesaian menyeluruh untuk menyediakan rumah mampu milik walaupun mereka telah mendapat ganjaran yang tinggi melalui pemilikan tanah," kata Khalid.
 
Kerajaan negeri juga akan berbincang dengan Bank Negara bagi mendapatkan penjelasan berhubung pemilihan pemaju-pemaju seperti ini.
 
“Kita risau pemaju sebegini yang kurang bekerjasama untuk kepentingan rakyat. Sebab itu kita mahu berbincang dengan Bank Negara tentang kualiti pemilihan pemaju,” kata Khalid.

Semalam pemaju bertindak menyerbu kawasan PJS1 dan memusnahkan rumah panjang yang dihuni oleh tiga keluarga.

Pemaju menggunakan dua buah jentolak dan diiringi sekumpulan polis merobohkan rumah penduduk tanpa rasa simpati.

Sebelum ini penduduk membuat bantahan ekoran pemaju enggan menuruti arahan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) supaya membekukan kerja- kerja perobohan dikawasan itu.

Kerja- kerja itu berjaya dihalang selepas Ahli Majlis MBPJ, Latheefa Koya yang juga seorang peguam berjaya mendapatkan injuksi dari Mahkamah Tinggi Shah Alam.
-tvsnews-

Tiada ulasan: