"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

YB menghidap AIDS

abu_zaim
Kebelakangan ini semakin menular budaya menceritakan isi mesyuarat di khalayak umum. Perbuatan tersebut dilakukan tanpa rasa segan silu dan bersalah dengan beralasan PAS perlu dilihat lutsinar. Apa yang pimpinan bincangkan, ahli biasa turut digesa untuk mengetahui. Bahkan apa yang amat malang, perbincangan mesyuarat tentang pro kontra seseorang menjawat jawatan tertentu pun dihebahkan di laman blog.

Apabila disebut sebagai Jama’ah Islam, PAS wajib mengamalkan disiplin gerakan Islam. Ini termasuk menjaga rahsia isi perbincangan mesyuarat. Apabila disebut mesyuarat pasti perbincangan tersebut berlegar sekitar perancangan misi, visi dan masalah. Semua perkara tersebut merupakan master key pihak musuh untuk membaca rentak strategi PAS. 

Tiba-tiba ada pula YB yang teramat cerdik dengan rela hati sedekah maklumat tersebut ke pengetahuan umum. Lainlah 10-20 tahun akan datang, rahsia strategi tersebut telah bertukar menjadi sejarah untuk dipelajari oleh generasi mendatang.

Saya teringat apa yang dibincangkan di dalam buku ‘Ihzaru Al-Aids Al-Haraki’ (Hati-hati Dengan Penyakit Aids Gerakan) karangan Ustaz Fathi Yakan. Beliau menyebutkan beberapa penyakit aids yang tidak perlu wujud dalam sesebuah gerakan Islam ialah:

“Antara kesalahan di dalam lapangan kerja Islam apabila mempraktikkan ‘semua perkara yang diketahui perlu dihebahkan’. Dari sudut politik ia disebut ‘mentaliti vokal’. Penghidap penyakit ini akan berusaha menghebahkan segala plan perancangan jangka masa panjang dan pendek. Hal ini sangat kontra dengan praktik Nabi S.A.W”

YB yang menghidap penyakit aids haraki, akan merasa teruja dengan senarai rahsia yang dipegang. Bahkan tidak segan silu bercerita sehingga tabiat yang cacat ini dirasakan tidak bersalah. Untuk pengetahuan golongan seperti ini, kami ahli PAS yang telah ditarbiah tidak memerlukan pendedahan tersebut. Bahkan kami melihat perbuatan YB tidak ubah seperti tempayan yang tidak ditutup mulutnya. Bak kata Nabi S.A.W: 

“Perang adalah tipu muslihat”

Think tank UMNO lebih bijak mengurus rahsia berbanding YB berpenyakit aids haraki seperti ini. Tidak pernah dijumpai mereka berbangga mendedahkan isi mesyuarat mereka. Tiba-tiba meledak onar hasil perbincangan mesyuarat mereka. Saya rasa mereka lebih memahami maksud hadith tersebut.

Tidak kiralah YB ingin menghabiskan sebakul karipap kegemaran YB dan mencicip setempayan air kopi di dalam mesyuarat, itu bukan persoalannya. Disiplin tetap disiplin. Amanah dengan mesyuarat itu yang kami tuntut. Usah rebakkan penyakit aids haraki dalam gerakan Islam yang bernama PAS. Perkara yang salah wajib ditegur. Agar ia tidak berulang. Inisiatif ini sedikit pun tidak melunturkan rasa hormat saya pada YB. 

p/s: YB disyorkan untuk masuk tamrin. 

Tiada ulasan: