"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dunia Internet bakal berubah

SINGAPURA: Agensi kawal selia alamat laman sesawang Internet semalam bersetuju mengubah sistem penamaan laman itu dengan membenarkan penggunaan perkataan biasa seperti epal atau oren untuk menggantikan ‘.com’ atau ‘.gov’. 

Perbadanan Internet Pemberi Hak Nama dan Nombor (ICANN) mengumumkan pembukaan alamat Internet itu akan membolehkan pengguna menghasilkan laman sesawang dengan alamat dalam apa jua bahasa dan skrip. 

“ICANN membuka sistem penamaan Internet untuk memberikan kebebasan kepada orang ramai,” menurut badan antarabangsa itu selepas mesyuarat lembaga pengarahnya di Singapura, semalam. 

Menurut ICANN, permohonan untuk alamat baru laman sesawang Internet akan mula dibuka bermula 12 Januari tahun depan. 

Pemerhati menjangka syarikat besar dan bandar akan menjadi pemohon pertama alamat baru itu yang bakal menyaksikan alamat internet berakhir dengan nama jenama seperti ‘.toyota’, ‘.apple’ atau ‘.newyork’. 

Pada masa ini, hanya 22 jenis nama generik bertahap tinggi (gTLD) wujud seperti ‘.com’, ‘.org’ dan ‘.info’ serta 250 alamat untuk negara termasuk ‘.uk’ dan ‘.cn’.

-sinarharian-

Tiada ulasan: