"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ketua Cawangan Umno N.Sembilan pun kecewa dgn Utusan

amkns
Di Negeri Sembilan bukan ahli PAS dan PKR saja yang marah pada akbhar Utusan, orang Umno pun marah pada Utusan Malaysia, Ketua Cawangan Umno pula tu.
Madrasah tidak sebar ajaran sesat
Sinar Harian 22 Jun 2011
KUALA PILAH – Penduduk Kampung Parit, di sini turut menafikan wujud ajaran sesat membabitkan Maahad Ittiba Us Sunnah di situ yang didakwa merekrut pelajar serta menyebarkan ideologi Jemaah Islamiah (JI).  

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Parit, Syukri Mohd Sharif berkata, madrasah itu sememangnya terkenal di kalangan penduduk kampung mengajar ilmu agama berasas al-Quran dan Sunnah Nabi.  

“Rata-ratanya penduduk di sini belajar mengaji di madrasah ini.  “Setakat ini tiada sebarang aduan yang diterima tentang ajaran sesat, mahupun ideologi JI disebarkan melalui pembelajaran di madrasah ini,” katanya pada sidang media di Maahad Ittiba Us Sunnah, Kampung Parit, di sini, petang kelmarin.

Syukri berkata, orang ramai tidak perlu takut untuk belajar di madrasah tersebut, meskipun pelbagai dakwaan buruk dilemparkan.  

Sementara itu, Ketua UMNO Cawangan Kampung Parit, Datuk Mohammed Kamel Mohd Yusof berkata, laporan sebuah akhbar tempatan berbahasa Melayu sebelum ini tidak benar dan ternyata amat mendukacitakan pihaknya.  

Mohamed Kamel yang juga waris pengasas Maahad Ittiba Us Sunnah mahu akhbar berkenaan memberikan penjelasan serta motif laporan mengatakan madrasah itu menyebar ideologi JI. 
    

MAAHAD, SEKOLAH AGAMA TERLIBAT
Utusan Malaysia 20 Jun 2011 
SEREMBAN 19 Jun – Selepas pendedahan mengenai sebuah maahad di negara ini yang merekrut belia berasaskan ideologi pemimpin militan Jemaah Islamiah (JI), gerakan yang sama itu juga dikatakan aktif mempengaruhi belia seawal usia 16 tahun di beberapa sekolah agama dan maahad di Negeri Sembilan. 

Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia di sebuah maahad yang dipercayai menjalankan kegiatan tersebut di Kuala Pilah hari ini mendapati, terdapat beberapa individu berada di kawasan maahad sedang menunggu untuk menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

Tiada ulasan: