Hanya terdapat 300 orang Islam di seluruh Nikaragua, namun kemunculan sebuah masjid baru yang sangat besar secara tiba-tiba mengundang misteri bagi penduduk setempat.
Timbul pertanyaan, siapa yang membiayai pembangunannya? Khabar angin di Managua dengan cepat mengatakan masjid itu dibiayai kerajaan Iran. Memandangkan Presidennya, Mahmoud Ahmadinejad, seorang Islam, dan pemimpin Nikaragua, Daniel Ortega, seorang Katolik, mempunyai persamaan hubungan ikatan revolusi.
Pada tahun 2007 dan 2008, kerajaan Ahmadinejad berjanji akan memberikan pelaburan hingga satu milion dolar kepada negara berpenduduk 5.7 juta orang ini.
Perbincangan geopolitik mengenai masjid berkubah emas, yang dibuka pada bulan September setelah setahun melalui proses pembinaan ini, masih berterusan.
"Apakah Iran yang membiayai? Itu pertanyaan yang dilontarkan oleh semua orang," kata Ismat Khatib, pengacara dan pengusaha Nikaragua berketurunan Palestin. Salah seorang diplomat yang bertugas di Managua menyakini bahawa Iran telah memberikan subsidi.
Namun Khatib, yang merupakan bendahari Asosiasi Budaya Islam Nikaragua, menafikan dan mengatakan bahawa kerajaan Iran sama sekali tidak memberikan dana sesen pun. Malah, ia mengatakan bahawa satu-satunya yang Iran janjikan untuk disumbangkan adalah sebuah karpet besar khusus untuk ruang sholat, itupun belum dikirimkan.
"Ini adalah cerita yang sebenarnya," kata Khatib. "Misterinya berakhir dengan ini."
Spekulasi juga beredar mengenai siapa yang menunaikan sholat di Masjid itu atau siapa yang menjadi imam untuk solat lima waktu.
"Semuanya anggota Taliban," ejek William Martinez, tukang gunting rambut berusia 24 tahun dari salon Le Moustace yang terletak di seberang jalan.
Natalie Melendez, seorang juruwang di kedai sewa video Veo Veo di hujung jalan, memberikan penjelasan yang berbeza, "Ada dua jenis orang yang menggunakan masjid itu," katanya. "Orang Arab dan orang Iran."
Orang Islam, terutama dari Palestin, telah beremigrasi ke Nikaragua selama puluhan tahun dan menjalankan beberapa perniagaan di sana, terutama di bidang perdagangan kain.
Namun, kerana jumlah mereka yang sedikit, agama Islam tetap terasa asing bagi sebahagian besar penduduk Nikaragua yang umumnya beragama Katolik Evangelis.
Banyak dari mereka yang menyebut semua orang Islam atau orang Timur Tengah sebagai orang Turki, dan kebanyakan tidak tahu apa-apa tentang agama Islam.
Dalam sebuah wawancara, Fahmi M. Hassan, seorang pedagang kain keturunan Palestin dan presiden perubahan budaya Islam, berusaha menghapus mitos mengenai masjid baru tersebut, yang ia mengatakan menghabiskan biaya USD 600.000 untuk membangunnya.
Hassan menepis khabar angin tentang Iran yang membiyai pembinaa masjid tersebut. Beliau mengatakan bahawa penyumbang utama masjid adalah seorang ahli perniagaan kelahiran Palestin yang tinggal di Honduras.
Setelah melihat betapa kecilnya masjid yang sedia da, lelaki itu menawarkan bantuan kewangan untuk sebuah tempat ibadah baru di atas tanah yang dibeli orang Islam setempat beberapa tahun lalu.
"Ia memberikan dana kira-kira USD 350.000 dan bakinya ditampung oleh komunitas Muslim Nikaragua," ujar Hassan.
Beliau membertahu nama ahli perniagaan tersebut itu sebagai Yusuf Amdani. Ketika dihubungi melalui telefon, Amdani, Ketua eksekutif industri tekstil dan konstruksi Group Karim yang berpusat di Honduras dan Mexico, mengatakan, "Tidak ada yang misteri tentang Masjid itu."
Namun beliau tidak membiayai rancangan meluaskan pembinaan kawasan Masjid itu, seperti sekolah dan apartmen untuk imam Masjid. Beliau mengatakan bahawa keluarganyalah yang membiayai rancangan perluasan pembinaan itu.Suara Media/tulahan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan