"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Medan Hukum Trio, Jadi Medan Aib Saya-Anwar

KUBANG PASU, 25 JUN: Keputusan perbicaraan 'wayang' trio Datuk T jelas membuktikan betapa sistem keadilan Malaysia telah rosak.

Menurut Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, perbicaraan tersebut hakikatnya menjadi medan peguambela yang mewakili bekas ketua menteri Melaka, Datuk Shafee Abdullah untuk menyerang beliau.

"Saya sudah menjangkakan pendakwaan itu adalah wayang. Saya merujuk pada kenyataan peguam Surendran.

" Peguambela Rahim dan (Datuk Shazryl) Eskay gunakan pendakwaan jenayah 3 orang ini untuk serang saya. Ini jelas tunjuk betapa bobroknya sistem kehakiman kita," tegas Anwar dalam sidang media selepas merasmikan Pejabat Keadilan Kubang Pasu hari ini.

Semalam, ketiga-tiga Datuk T telah mengaku bersalah menayangkan rakaman video seks dan dikenakan denda keseluruhan RM5,500.

Hukuman dijatuhkan oleh Majistret Aizatul Akmal Maharani selepas mendengar hujah-hujah yang dikemukakan pihak tertuduh.

Ketiga-tiga tertuduh — ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik — mengaku bersalah atas tuduhan yang dikenakan ke atas mereka.

Eskay didenda RM3,000 atau penjara tiga bulan sementara Shuib dan Abdul Rahim masing-masing RM1,500 atau dua bulan dan RM1,000 atau satu bulan.

Eskay dan Shuib didakwa secara bersama menayangkan bahan lucah secara terbuka di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

Dalam prosiding itu, mahkamah turut menayangkan rakaman video seks berdurasi 21 minit.

Mengulas perkara itu, Anwar mempersoalkan tindakan Mahkamah seolah-olah cuba menarik perhatian isu sebenar.

"Soal ini (ialah) soal pendakwaraya dan peguambela Rahim Thamby Chik dan Eskay. Ada peluang saya bela diri di mahkamah? Mereka nak heret isu (video) ini seolah-olah ini pendakwaan terhadap saya," kata Anwar.
-tvsnews-

Tiada ulasan: