KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan menyifatkan tindakan Pre siden Umno, Najib Tun Razak yang kini sedang menjaja kononnya memohon maaf atas kesilapan lalu BN sebagai ‘buang tabiat’. Sambil berkata, ianya ‘agak luar biasa’ bagi Umno yang selama ini dilihat angkuh di puncak kuasa, tindakan itu juga membayangkan Najib tahu bahawa kuasa mereka akan berakhir pada PRU13 nanti.
“Perbuatan ini dianggap luar biasa. Bagaimana Umno selama ini dilihat gah dan angkuh di puncak kuasa, tiba-tiba roadshow ke seluruh negara memohon maaf daripada rakyat atas kesilapan lampau mereka.
Umumnya rakyat melihat perbuatan ini seperti “buang tabiat”.
“Seolah-olah Umno sudah tahu bahawa kuasa dan pengaruh mereka bakal berakhir dalam pilihanraya umum akan datang, lalu Umno memohon maaf kepada rakyat disetiap negeri yang mereka jelajah,” katanya
Beliau mengulas kenyataan Najib semasa Perjumpaan Bersama Rakyat di Padang Awam, Kuala Ketil, dekat Baling, barubaru yang memohon maaf atas kesilapan lalu sehingga kalah banyak kerusi dan beberapa negeri termasuk Selangor dan Kedah pada PRU12.
Permohonan maaf secara terbuka itu kali kedua dalam tempoh enam hari, kali pertama Najib bertindak demikian dalam satu program pada 26 Februari lalu di Pelabuhan Klang, Selangor.
Mengulas lanjut, Ustaz Nasrudin berkata, apa yang lebih pelik, Umno khususnya Najib juga seperti tidak percaya lagi kepada senjata propaganda mereka iaitu media arus perdana yang dikawal sepenuhnya oleh parti pemerintah itu.
1 ulasan:
salam,
bakal kalah teruk lah tu
KLIK:PUSAT TUSYEN HIDUP SBB CIKGU
Catat Ulasan