"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jika Ku Li dipinggir BN, PAS selamatkan

KUALA LUMPUR: Umno- BN diramalkan akan mengalami kekalahan sebelum bertarung di Kelantan jika Tengku Razaleigh (Ku Li) tidak bertanding atas tiket BN.

Ahli Parlimen Kota Bharu, Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, sekiranya Umno tidak berhati-hati, rakyat Kelantan akan bersatu untuk menguburkan mereka.

Ini kerana, jika PAS tidak meletakkan calon dan Ku Li bertanding atas tiket bebas maka hasrat BN akan ‘kalah petang’ atau kalah sebelum pertarungan, menjadi kenyataan, ujarnya

Beliau yang pernah bertanding menentang Ku Li pada Pilihan Raya Umum 1986 di kerusi Parlimen Gua Musang menyifatkan PAS perlu meneliti untuk memberi laluan kepada Ku Li jika beliau bersedia memberikan kemenangan di kawasan tersebut.

Jelasnya, suasana politik di Gua Musang terbahagi kepada tiga kelompok iaitu penyokong PAS, Umno dan penyokong Ku Li.

“Antara tiga pihak tersebut, BN mendapat mileage apabila Ku Li bersama mereka begitu juga PAS yang memberi kemenangan pada Pilihan Raya Umum pada tahun 1990 dan 1995.

“Kesan politik pada suasana ini akan dirasai bukan setakat di Gua Musang malah seluruh negeri Kelantan, seolah-olah senario pada tahun 1990 berulang kembali apabila PAS memberi pukulan politik kepada Umno,” ujarnya.

Wan Rahim turut meramalkan Umno-BN hanya memenangi kerusi Parlimen Jeli dan dua kerusi Dun pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Terdahulu, Ku Li berkata, hanya rakyat dapat membuat keputusan berhubung kerjaya politik beliau. Sebelum ini, ada ura-ura beliau tidak akan dicalonkan semula kerana didakwa lantang membidas BN, khususnya Umno.

Tiada ulasan: