WAN NORDIN WAN YAACOB
RAMAI yang mungkin terpegun dengan sandiwara minggu ini yang dilakonkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam mem buat permohonan maaf kepada rakyat atas kegagalan kerajaan semasa pilihan raya umum yang lalu.
Mesej yang cuba disampaikan kepada rakyat adalah bagi mendoktrin rakyat bahawa beliau seorang yang sangat ‘sederhana’ dan ‘merendah diri’ dalam meng uruskan negara, tidak seperti kerajaan yang sebelumnya.
Dua kali Najib memohon maaf kepada rakyat dalam masa dua minggu dan ia dilaporkan sepenuhnya oleh media-media arus perdana sambil beberapa pemimpin mengulasnya sebagai suatu yang besar.
Malangnya, jika diamat i ianya hanya memberi gambaran bahawa Najib seolah- olah tidak mengakui ke salahannya sebagai PM selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Sebaliknya, permohon an maaf itu hanya kerana kesilapan kerajaan pimpin an Abdullah (sekitar 2004 hingga 2008) yang menyebabkan masalah pada PRU12.
Seperti mana kata Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar, kenyataan Najib ini sekali gus menempelak kerajaan pimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah.
Secara sedar, mungkin rakyat melihat ia satu kenyataan dan kesediaan Najib mengubah ‘sikap’ pentadbiran kerajaan yang menyebabkan tsunami 2008 berlaku.
Namun, sebaliknya jika diamati kenyataan itu menjadikan pentadbiran Abdullah sebagai ‘kambing hitam’ untuk menutup kesalahan Najib semata-mata.
Sedangkan, sejak mengambil alih kerajaan dari ta ngan Abdullah, Najib me neruskan dasar yang ada (dasar korupsi dan kronisme) yang menebal dalam Umno mahupun kerajaan.
Malah, dalam beberapa kes termasuk kes skandal Pusat Feedlot Negara (NFC) bernilai RM250 juta, kesed iaan Najib untuk menyelesaikan secara berani mengenai isu itu tidak kelihatan.
Sebaliknya, Najib dikatakan takut menghadapi warlord-warlord Umno yang sangat berkuasa setelah di pancing dengan projekprojek tertentu untuk mendiamkan rahsia-rahsia besar Najib dalam parti dan kerajaan.
Masakan Najib mampu menghadapi kemelut dalam Umno yang jauh lebih parah ditambah dengan kelemahan beliau mengatasi pengaruh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang cukup obvious dan menjadi perkara yang cukup tidak menyenangkan kepada pemimpin Umno yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan