"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Umno tidak ajar Islam – Dr Chua Jui Meng

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/b/b8/ChuaJuiMeng.jpg
PENGERUSI Majlis Pimpinan KeADILan Johor, Dato’ Chua Jui Meng mengakui selama 40 tahun berada dalam BN, Umno tidak pernah mengajarnya tentang Islam.

Bagaimanapun tambah be liau, fahaman tentang Islam itu diperolehi setelah berada dalam Pakatan Rakyat. Menurut beliau, ajar an dan didikan Islam di perolehi daripada pemimpin PAS seperti memberi dan me nerima rasuah akan masuk neraka.

“Selama 40 tahun bersama BN saya tidak begitu faham tentang Islam. Saya bersama PAS dan KeADILan saya faham tentang Islam. Dulu, Menteri Agama pun tidak beritahu saya tentang al- Quran dan hadis,” kata nya.

Dr Chua mengakui setelah bersama PAS dan Ke- ADILan, kefahaman tentang idealisme Islam yang membawa kemakmuran kepada semua lebih difahami dengan mendalam.

Tegas beliau, rakyat hari ini mencari pemimpin yang adil dan berpandukan al- Quran dan hadis dan calon seperti ini dapat menarik undi Melayu.

Beliau berharap rakyat me milih pemimpin yang meng angkat perjuangan berlandaskan al-Quran dan ha dis kerana idealisme perjuang an politik Islam menekankan kebaikan untuk semua.

Tiada ulasan: