"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pedang berdarah punca api misteri?

 
HABIB menunjukkan sebilah pedang yang terdapat di rumah Zainab di Kampung Penambang Bunga Emas, Kota Bharu yang dipercayai menjadi punca kemunculan api misteri.
KOTA BHARU: Seorang pengamal perubatan tradisional mendakwa serangan api misteri di rumah seorang warga emas di Kampung Penambang Bunga Emas di sini dipercayai berpunca daripada beberapa bilah senjata lama yang disimpan di rumah tersebut.

Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Habib Din berkata, tujuh senjata berkenaan termasuk golok, pisau dan sebilah pedang lama yang disimpan di dalam rumah Zainab Sulaiman, 75, mempunyai aura panas jika tidak dipulihara dengan baik.

Menurutnya, keadaan rumah warga emas tersebut menjadi semakin ‘panas’ apabila pedang lama tersebut bukan sahaja mengandungi kesan darah kering malah tertera kalimah suci.

“Saya minta Mok Nab (Zainab) mengeluarkan semua senjata lama itu kerana dari segi ilmu perubatan tradisional, barangan lama ini terutamanya pedang berunsurkan besi mempunyai aura panas.

“Pedang tersebut mungkin merupakan punca kemunculan api misteri tersebut kerana kebanyakan senjata lama memerlukan cara tertentu untuk menyimpannya,’’ kata beliau kepada Kosmo! ketika ditemui di rumah Zainab di sini semalam.

Tiada ulasan: