KUALA LUMPUR 7 DIS: Sehingga hari ini, polis dan Menteri Dalam Negeri tidak pernah memohon maaf secara terbuka kepada keluarga Aminulrasyid Amzah.
“Walaupun didesak berkali-kali, polis tidak menarik balik tuduhan penjenayah dan tetap tidak akui bahawa parang tersebut adalah ‘planted evidence’.
“Jangan sesekali kita lupa, polis melepaskan 21 das tembakan untuk memberhenti sebuah kereta biasa, bukan kereta kebal. Ini melangkaui keraguan munasabah,” kata Edy Noor Reduan.
Beliau adalah Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) – sebuah badan bukan kerajan (NGO) tempatan yang aktif dalam perjuang isu politik dan sosial.
Aminulrasyid, 15, ditembak mati semasa memandu kereta kakaknya pada kejadian antara jam 1 -2 pagi di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, Shah Alam 26 April tahun lalu.
Polis Selangor mendakwa anggotanya melepaskan tembakan kerana Aminulrasyid kononnya cuba melanggar kereta polis yang mengejarnya.
Polis turut mendakwa Aminulrasyid seorang penjenayah kerana kononnya sebilah parang dijumpai di dalam kereta yang dipandunya.
Bagaimapaun, tiada bukti ‘parang’ diketengah pada perbicaraan mahkamah yang kemudian menyaksikan Koperal Jenain Subi, 49, dibebas daripada tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid.
“Dengan pelbagai tohmahan palsu, tanpa kermaafan dari polis dan menteri dan terbaru keputusan mahkamah itu, di manakah keadilan buat Aminulrasyid?
“Jenain dibiar bebas ketika keluarga Aminulrasyid meratapi pemergiannya,” kata beliau dipetik dari TV Selangor, hari ini.
Justeru itu, Edy Noor berkata, SAMM berpendirian kelalaian polis wajar diakui dan si penembak harus dijatuhi hukuman setimpal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan