Pada 16 Ogos 2013 saya bersolat Jumaat di Masjid Jamek Bentara Luar Batu Pahat Johor, memang seperti biasa tok khatib membaca teks khutbah yang disediakan oleh Jabatan Agama Negeri.
Teks yang disediakan itu kadangkala tidak bertepatan dengan isu yang berlegar disekeliling masyarakat kerana ada isu yang berlaku wajar diketengahkan agar masyarakat sentiasa sensitif serta perihatin.
Isu peningkatan kadar jenayah dalam negara semestinya menjadi tajuk penting untuk dihuraikan dengan fakta dan data, bagaimana senjata api boleh dimiliki oleh orang awam dengan begitu mudah semudah mendapatkan makanan ringan.
Terkini, isu keganasan tentera di Mesir yang membunuh ribuan rakyat, puluhan ribu yang cedera dan ribuan pula sedang menunggu maut, mana perginya teks khutbah untuk solidariti rakyat Mesir? Sudah hampir 2 bulan tentera Mesir melakukan tindakan zalim kepada rakyat sendiri, pembunuhan berlaku di mana sahaja bahkan di masjid pun sudah tidak selamat dan selama itu juga teks Khutbah Jumaat Negeri Johor kaku, bisu, pekak dan buta sekaligus saya kira ketidakperihatian itu menggambarkan "Khutbah Jumaat Menyokong Keganasan Tentera" kerana peluang kami berhimpun setiap Jumaat tidak digunakan dengan sebaiknya oleh mimbar memperjelaskan isu sebenar seolah-oleh khutbah secara halus mengikut rentak musuh Islam dan jurang pemikiran pembuat teks khutbah pula seakan-akan diseret oleh ketakutan kepada pemerintah dan mereka hanya mementingkan perut sahaja. Semoga mereka diberikan hidayah.
Oleh;
Ahmad Nazri Khamis
Batu Pahat, Johor 17 Ogos 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan