"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penipuan & Penindasan dari Packet One (P1)

osmantikos

Salam Satu Malaysia & Selamat Sejahtera,

Saya ingin menyuarakan ketidakpuasan hati berkenaan perkhidmatan (lebih tepat lagi penipuan secara halus) yang dilakukan oleh P1. Saya telah membuat pesanan & pembayaran RM100 melalui internet bagi perkhidmatan WIFI Home Package dari P1 pada 31 Jan 2013.

Perkakasan yang dihantar bukan barangan baru (recycled) & rosak pada hari pertama digunakan. Saya dinasihatkan ke pusat servis berdekatan di Wangsa Maju & ditukarkan kepada perkakasan yang lain (recycled juga). Seperti dijangkakan "perkakasan yang baru" ditukarkan itu juga rosak.

Saya menamatkan perkhidmatan & menghantar semua perkakasan kembali ke pusat servis pada 4 Feb 2013 (dalam lingkungan waktu percubaan selama 7 hari).

Sepatutnya saya boleh menuntut kembali wang RM100 yang telah dibayar dahulu tetapi saya telah dikejutkan dengan caj bil lebih RM300. Mereka cuba melengahkan saya supaya melewati waktu percubaan 7 hari & saya akan diikat oleh kontrak selama setahun (ada yang selama 2 tahun).

Cuba bayangkan jika saya tidak bertindak cepat & ditinggalkan dengan barang yang rosak serta kontrak tidak-boleh-batal selama setahun & bil bulanan tetap yang terpaksa dibayar.

Sila ambil tindakan terhadap pihak ini yang berselindung di sebalik iklan2 yang memerangkap pengguna.

Sekian terima kasih.

Tiada ulasan: