"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mohamad Sabu serah nasib kepada perwakilan

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan membenarkan para perwakilan PAS untuk menentukan sama ada beliau layak untuk meneruskan khidmatnya dalam parti.

“Saya tiada perancangan, saya hanya bantu presiden,” kata beliau yang lebih mesra dengan nama Mat Sabu ketika ditanya mengenai perancangan beliau sekiranya berjaya mempertahankan kedudukannya.

Para perwakilan boleh memilih untuk mengundi saya atau tidak. Saya serahkan kepada perwakilan,” tambah beliau.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan satu surat terbuka yang diterbitkan dalam satu portal berita meminta agar Mat Sabu berundur kerana tidak berjaya menyatupadukan ahli PAS.

Penulis surat tersebut turut menyatankan agar ketua penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengambil alih jawatan timbalan presiden meskipun mengakui kebolehan Mat Sabu mendapatkan sokongan bukan Melayu.

Pejabat Agung PAS baru – baru ini telah menyenaraikan lima calon yang layak bertanding untuk jawatan timbalan presiden. Selain dari Mat Sabu dan Tuan Ibrahim, naib presiden Datuk Husam Musa, timbalan pesuruhjaya II negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan naib pengerusi Salahuddin Ayub.

Beliau turut mengesahkan bahawa beliau akan mempertahankan jawatan timbalan presiden meskipun belum menyerahkan borang pencalonan ke Pejabat Agung PAS.

“Saya akan mempertahankan jawatan saya tapi saya belum serahkan borang pencalonan saya,” kata beliau.

Dari sejumlah empat nama yang disebut di atas, Husam sudahpun mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding untuk jawatan timbalan presiden.

Calon lain belum memutuskan samada untuk bertanding atau tidak tetapi Tuan Ibrahim dijangka akan memberikan tentangan sengit untuk merebut jawatan timbalan presiden.

Pemilihan untuk jawatan parti bagi sesi 2013 hingga 2015 akan berlangsung sempena muktamar PAS ke-59 pada 22 hingga 24 November.

Tiada ulasan: