"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anak Fadzil Noor seru tolak tokoh PAS 'api' isu hudud (Video)


Anak lelaki bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor menyeru perwakilan PAS agar menolak pemimpin parti yang diangggapnya "mengapi-apikan" isu hudud sehingga boleh menyebabkan Pakatan Rakyat berpecah.

Sebaliknya, Muhammad Faiz menyarankan supaya perwakilan PAS memilih pemimpin parti itu yang "mahu meneruskan legasi" allahyarham ayahandanya dan berjaya menempatkan diri dalam arus perdana politik negara.

Sambil menegaskan kenyataannya itu "bukan kempen" dalam pemilihan parti yang sedang berlangsung, Muhammad Faiz menyebut nama Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Datuk Husam Musa antara pemimpin yang berjaya dilahirkan oleh almarhum ayahandanya.

"Ini pemimpin dalam PAS yang patut kita julang. Kenapa nak lihat beberapa pemimpin dalam PAS yang mengapi-apikan isu hudud ini, sedangkan mungkin mereka tidak ada kredibiliti di mata masyarkat.

"Seperti yang disebutkan oleh YB Liew Chin Tong, kenapa kita tidak meneruskan perjuangan Fadzil Noor. Jadi, marilah menyokong pemimpin PAS yang mahu meneruskan peruangan Fadzil Nor. (Ada) ramai," kata Muhammad Faiz sebagai ahli panel dalam sebuah forum hudud malam tadi.

Forum bertajuk Pro-Kontra Hudud Kelantan di pejabat Malaysiakini itu, turut membariskan MP Kluang Liew Ching Tong, Majlis Pimpinan Pusat PKR Khalid Jaafar dan Pendakwah bebas Wan Ji Wan Husin. Ia dimudahcarakan oleh Eekmal Ahmad.

Sebelum itu, Liew menjelaskan terdapat dua versi dokumen negara Islam dalam PAS iaitu versi Allahyarham Fadzil Noor yang mahu melaksanakan syariah Islam - tanpa menyebut hukum hudud - secara berperingkat dan versi Datuk Dr Haron Din bahawa hukum hudud mesti dilaksanakan.

Mengulas lanjut, Muhammad Faiz berkata kedua-dua pemimpin itu antara pemimpin arus perdana dengan memberi contoh Mohamad Sabu yang bakal mengetuai kempen rakyat anti-GST suatu hari kelak.

Pada masa yang sama, beliau tidak menafikan wujud kumpulan tertentu dalam parti itu yang lantang menyuaraka nhasrat untuk keluar daripada Pakatan Rakyat, bahkan ada yang cuba mempertahankannya sepertimana wujud dalam DAP.

'Terus atau bunuh harapan rakyat'

"(Jadi kita (juga perlu) memberi teguran kepada ketiga parti. Ada yang masih mahu pertahanankan Pakatan Rakyat.

"Perwakilan (juga) bijak untuk menentukan mana pemimpin PAS yang mahu meneruskan harapan rakyat atau membunuh harapan rakyat," tegasnya.

Sebelum itu, Muhammad Faiz yang juga seorang peguam turut menjelaskan kekeliruan yang tercetus akibat permainan media massa berhubng Enakmen Kanun Jenayah Islam yang ingin dijalankan oleh Kelantan.

Menurutnya, kerajaan negeri ingin melaksanakan peruntukan kesalahan jenayah syariah yang sudahpun wujud dan dilaksanakan sebekum ini iaitu zina, qazaf, mabuk arak dan murtad yang mana sebelum ini ia hanya terhad kepada hukuman denda RM3,000, penjara lima tahun dan enam kali sebatan.

"Kita mahu menaikkan hukuman mengikut kehendak syara'. Kalau zina, sebat seratus kali.

"Empat kesalahan ini tidak menjadi isu, kerana telah diamalkan dan diteima oleh masyarakat.

"Yang tiga lagi, tidak akan dilaksanakan kerana masih memerlukan penelitian, kajian, dari sudut perlembagaan, ekonomi, maqasid dan kesesuaian.

"Ia terletak bawah kuasa federal yang memerlukan pindaan perlembagaan dan perlu mendapat sokongan majoriti dua pertiga," katanya.

Beliau yang juga ahli panel jawatankuasa penyediaan draf pindaan enakmen hudud Kelantan berkata pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah perlu dibuat bagi membolehkan kerajaan negeri itu melaksanakan empat hukuman itu.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: