"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Saya tak pernah sokong kumpulan G25 – Dr Maza


PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menafikan dakwaan beliau menyokong kumpulan pesara kerajaan Melayu (G25).

Menurutnya dakwaan tidak berasas itu dibuat oleh golongan Syiah Saqqaf dan Ahbash walaupun beliau sudah beberapa kali menyatakan ketidaksetujuannya terhadap kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh G25.

“Saya sendiri mengkritik terus kepada pihak mereka dalam beberapa isu termasuk sikap tidak professional apabila anggota mereka mendedahkan perjumpaan tertutup mereka dengan ‘beberapa tokoh politik yang mereka temui’.

“Itu tidak menggambarkan mereka sebagai kelompok professional. Saya telah nyatakan hal ini langsung kepada mereka.

“Juga anggapan salah seorang mereka bahawa minum arak sesuatu yang tidak perlu dibesarkan bahkan itu sesuatu yang normal. Itu juga tidak wajar,” tulis Dr Asri yang juga dikenali dengan panggilan Dr Maza dalam laman Facebook miliknya.

Malah, beliau juga menyatakan, isu khalwat bukan sesuatu yang baru diketengah olehnya malah beliau mengulas itu itu sejak 2007 lagi.

Jelasnya, kenyataan sebelum ini menyebut bahawa tidak boleh mana-mana pihak sewenang-wenangnya mengintip privasi orang lain dalam maksiat peribadi.

“Saya mengkritik pihak yang pihak sibuk mencari maksiat tertutup tapi membiarkan maksiat terbuka di atas pentas hiburan, rasuah, mungkir janji kepada rakyat, suami pukul isteri, suami tidak bayar nafkah isteri dan banyak lagi.

“Walaupun pelbagai aduan diangkat, hal-hal itu banyak yang didiamkan oleh pihak tertentu. Saya menyatakan bahawa perlu ada garis panduan yang kemas dan patuh prinsip syariah dalam operasi mencegah zina.

“Operasi boleh tetapi dengan syarat yang kemas dan benar-benar memelihara prinsip menjaga dosa tertutup.

Perbuatan mengupah intipan ataupun membawa wartawan adalah menyanggahi syariat. Saya telah tulis artikel mengenai hal itu sejak 2008. Pihak Ahbash sengaja menwujudkan pembohongan dan pihak G25 salah andaian,” ujarnya.
-fmt-

Tiada ulasan: