"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tukang jahit mati ditikam suami

Johor Baharu; Seorang tukang jahit maut dipercayai ditikam beberapa kali di bahagian badan oleh suaminya di Taman Kluang Barat, Kluang awal pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, lelaki tersebut turut cuba membunuh diri dengan mengelar tangannya.

Bagaimanapun, suspek yang berusia 52 tahun itu diselamatkan anak lelaki mereka yang baru pulang ke rumah dan kini dirawat di sebuah hospital.

“Kita berjaya menemukan senjata yang dipercayai digunakan suspek, iaitu gunting dan pisau,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini sebentar tadi.

Tiada ulasan: