"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Dulu Haji Hadi kata kerjasama dengan umno laksana dukung biawak hidup

1 ulasan:

Aku Dia berkata...

PENJELASAN SETIAUSAHA AGUNG PAS ISU PAS SEDIA MAAF DAN LUPAKAN KESALAHAN UMNO

1. Saya ingin membuat penjelasan tentang satu laporan The Malaysian Insider (TMI) bertarikh 20 Disember 2015 yang bertajuk sebagaimana di atas.

2. Pertamanya dimaklumkan bahawa saya dan YBhg. Dato’ Haji Mustafa Ali, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, telah diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat supaya memenuhi undangan sekali gus mewakili PAS ke Persidangan Agung PERKASA yang telah diadakan pada 20/12/2015 di Dewan Muktamar, Pusat Islam Kuala Lumpur, jam 9.00 pagi.

3. Selepas tamat Majlis Perasmian Persidangan Agung tersebut, kira-kira jam 12.30 tengahari, saya dan Dato’ Mustafa telah diserbu oleh sekitar 20 orang Petugas Media (sebahagian yang saya kenali dan sebahagian lagi tidak). Pada masa itu suasana dalam Dewan agak bising dengan pengumuman-pengumuman yang dibuat oleh pihak Urusetia program melalui pembesar suara.

4. Temu bual banyak berkisar tentang isu, kononnya, “Perpaduan Antara PAS dan UMNO” dan hasil temu bual inilah yang tampaknya menjadi berita dalam TMI yang pertikaikan seperti di bawah:

A. Petikan The Malaysian Insider:

Tajuk:PAS sedia maaf, lupakan kesalahan Umno, kata setiausaha agung
Penjelasan:

Tajuk berita tersebut dibuat oleh Pemberita/Pengarang TMI, bukannya daripada saya.

B. Petikan The Malaysian Insider:

PAS bersedia memaafkan dan melupakan kesalahan Umno kerana ia adalah sebahagian daripada ciri-ciri perjuangan mereka, kata Datuk Takiyuddin Hassan.

Bercakap kepada pemberita di mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) ke-6 di Kuala Lumpur hari ini, setiausaha agung PAS itu berkata, memaafkan dan melupakan kesalahan adalah perkara yang sentiasa diamalkan parti itu.

"Itu antara ciri-ciri yang ada dalam perjuangan ini.

Penjelasan:

a) Sepanjang ditemu bual, saya tidak pernah mendengar atau menjawab soalan berbunyi atau membawa maksud “adakah PAS memaafkan UMNO…”

b) Oleh sebab itu, saya menganggap soalan seumpama itu tidak ada. Justeru, apa-apa ‘jawapan’ kepadanya juga tidak ada, atau dating daripada saya atau apa-apa yang dimaksudkan oleh saya.

C. Petikan The Malaysian Insider:

"Ini bukan perkara baharu, ramai pemimpin lain masuk dalam PAS. Mereka ada kedudukan baik, diterima hati terbuka di kalangan ahli, sekarang ini antara parti kita akan laksanakan perkara sama," katanya kepada pemberita.

Penjelasan:

a) Ini adalah kenyataan saya yang menggambarkan sikap keterbukaan PAS menerima pandangan, malah kehadiran sesiapa sahaja ke dalam PAS apabila mereka menerima perjuangan PAS yang berteraskan Syariat Islam. Contohnya jelas, ada dalam kalangan bekas pemimpin UMNO yang menyertai PAS pernah dilantik dan diberikan kepercayaan menjadi Setiausaha Agung, Pegawai Penerangan, dan lain-lain kedudukan sebagai pemimpin parti di pelbagai peringkat dan organisasi parti.

b) Laporan TMI di atas adalah tidak lengkap (incomplete), terkeluar konteks, malah jelas direkayasa (fabricated) oleh penulis.

Smbg..
http://omakkau.blogspot.my/2015/12/penjelasan-setiausaha-agung-pas-isu-pas.html?m=1