"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Perompak terperangkap di syiling ketika mencuri (Gambar)

Perompak terperangkap di syiling ketika mencuri
Perompak terperangkap di syiling ketika mencuri Kaki pencuri yang tersangkut ketika cuba memecah masuk. - Foto Sky News
KRASNOYARSK - RUSIA. Tindakan seorang lelaki yang ingin memecah masuk sebuah kedai melalui bumbung gagal selepas dia tersangkut di syiling kedai berkenaan.

Polis yang tiba di tempat kejadian selepas loceng kecemasan berbunyi terkejut selepas sepasang kaki tergantung di dalam lubang syiling di kedai berkenaan.

Menurut polis yang dipetik Sky News, lelaki berusia 40 tahun itu cuba memasuki kedai berkenaan yang terletak di bandar Krasnoyarsk melalui bumbung kedai tersebut namun tersangkut.

Pegawai berjaya menarik lelaki berkenaan keluar dan menahannya.

Video yang dikeluarkan polis menunjukkan kaki lelaki itu terlunjur keluar dari sebuah lubang pada syiling di kedai terbabit.

Lelaki berkenaan memberitahu polis, dia bukanlah individu pertama yang cuba memecah masuk ke kedai itu dengan memanjat bumbung.

Dia kini ditahan dan akan didakwa.
-sinarharian-

Tiada ulasan: