"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Monyet pandu dan langgar dua bas

India : Seekor monyet “memandu” sebuah bas sehingga melanggar dua bas yang lain di sebuah stesen bas di Bareilly, India.

Monyet yang menyelinap masuk ke dalam bas tersebut ketika pemandunya sedang tidur menghidupkan enjin bas yang ditinggalkan kuncinya, lapor The Times of India.

Selepas enjin dihidupkan, pemandu bas Uttar Pradesh State Road Corporation (UPSRTC) kemudian bangun dan bergegas ke kabin tempat pemanduan untuk menghalau haiwan tersebut.

Bagaimanapun haiwan itu yang panik secara tidak sengaja menukar gear kedua dan melompar keluar dari bas berkenaan.

Ekoran itu, bas tersebut melanggar dua bas lain dan penumpang yang sedang berada di kawasan berkenaan lari bertaburan.

“Pemandu itu berjaya mengawal semula bas tetapi tidak berjaya mengawalnya sebelum ia melanggar dua bas lain,” kata Pengurus Wilayah UPSRTC, SK Sharma.

“Monyet telah menjadi ancaman biasa di stesen-stesen bas dan bengkel di mana mereka sering mengganggu kerja-kerja membaiki kenderaan. Mereka juga telah merosakkan kamera CCTV di stesen-stesen bas.

“Tiga tahun yang lalu, kita telah dibantu pihak berkuasa perbandaran untuk menghalau mereka tetapi mereka masih tetap kembali,” katanya.

Pengurus UPSRTC berkata, mereka sedang mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa perbandaran dengan merancang untuk menangkap monyet berhampiran stesen bas dan memindahkannya ke tempat lain.
-kualalumpurpost-

1 ulasan:

kamisah berkata...

Lari bertaburan ke bertempiaran, aduhai bahasa ku