"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Prof.Ramasamy Terlibat Dalam Kumpulan Militan Tamil Eelam (LTTE): Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Seorang Pengganas?

Terlibat Dalam Kumpulan Militan LTTE : Prof.Ramasamy Digesa Letak Jawatan Timbalan Ketua Menteri
Tranungkite
Dari kiri; Ahli-ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Perlembagaan Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) ; Prof. Dominic, Prof. Ramasamy, dan Bekas Peguam Negara Sri Lanka Mr.Siva Pasupathy. (Perpustakaan Foto TamilNet)

Professor P.Ramasamy digesa meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang kerana terlibat dalam Jawatankuasa Hal Ehwal Perlembagaan Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE).

Desakan itu dibuat oleh laman dbsjeyaraj.com yang menjelaskan LTTE adalah kumpulan militan yang berjuang untuk kemerdekaan bahagian utara dan timur Sri Lanka.

“LTTE adalah satu-satunya kumpulan militan yang membunuh dua pemimpin dunia: Presiden Sri Lanka Ranasinghe Premadasa pada tahun 1993 dan bekas Perdana Menteri India Rajiv Gandhi pada tahun 1991.

“LTTE mencipta tali pinggang bunuh diri dan merupakan pelopor pengeksploitasi wanita dalam serangan berani mati. Ia mempunyai rangkaian dengan organisasi keganasan lain terkenal termasuk Al-Qaeda dan telah menghantar senjata, pakar pertempuran dan pakar-pakar bahan letupan kes Selatan Filipina untuk melatih dan ahli Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), yang dikaitkan dengan serangan di Lahad Datu.

“Hasil daripada taktik keganasan itu, LTTE kini ditetapkan sebagai organisasi pengganas oleh 32 buah negara, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, UK, India dan semua 27 negara-negara Kesatuan Eropah,”lapornya.

Kelab Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut mendedahkan beberapa bukti pautan media sosial yang membuktikan Ramasamy adalah penyokong dan aktivis LTTE.

“Serangan LTTE paling sadis adalah di Masjid Meera Jumma, Kattankudy, ketika jemaah sedang solat Isyak. Membunuh 103 jemaah dan mencederakan 70 yang lain. Serangan dilakukan menggunakan senapang automatik dan bom tangan,”lapornya. - AIDCNews

Tiada ulasan: