"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Siapa sebenarnya Noordin Ahmad pemilik baharu FC Bari 1908 jadi misteri

FMT Reporters
PETALING JAYA: Siapa sebenarnya ahli perniagaan, Datuk Dr Noordin Ahmad yang dilaporkan bakal menjadi pemilik baharu FC Bari 1908 menjadi satu kisah misteri.

Tokoh-tokoh korporat tempatan mengakui mereka tidak mengenali ahli perniagaan itu yang dilaporkan membeli 50 peratus pegangan saham dalam kelab Itali itu.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Kedutaan Malaysia di Itali juga tidak mempunyai maklumat siapa sebenarnya Noordin yang telah mendapat liputan meluas media di negara berkenaan.


Tiada ulasan: