"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Jepun bina kereta api halimunan (Gambar)

KERETA api yang boleh menyerap perubahan persekitaran ini bakal dilancarkan di Tokyo menjelang tahun 2018.
TOKYO: Sebuah kereta api halimunan ciptaan arkitek terkenal Jepun dijangka bakal dilancarkan di sini menjelang 2018.

Kenderaan yang dicipta oleh Kazuyo Sejima, itu menggunakan bahan semi-reflektif dan separa lut sinar bagi menyerap pemandangan sama ada ketika melakukan perjalanan di bandar atau luar bandar, menurut laporan Newsweek.

“Tren tersebut akan membuat perjalanan di pelbagai pemandangan berbeza termasuk pergunungan Chichibu di tengah Tokyo dan saya fikir adalah lebih baik jika tren itu dapat wujud bersama dengan pelbagai pemandangan,” kata Sejima.

Sejima telah beri amanah untuk mencipta kereta api itu sempena ulang tahun syarikat Seibu Group yang ke-100.

Syarikat terbabit turut memiliki syarikat Seibu Railways yang mengendalikan perkhidmatan kereta api di sekitar Tokyo dan wilayah Saitama.

Antara rekaan terkenal oleh Sejima dan Nishizawa yang pernah menerima anugerah Pritzker Architecture Prize pada 2010 ialah Muzium Baharu Seni Kontemporari di New York, Serpentine Pavilion di London dan Pusat Pembelajaran Rolex di Lausanne, Switzerland
-kosmo-

Tiada ulasan: