"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Mahathir Dimalukan Hingga Terkedu Di Atas Pentas

Tranungkite
SHAH ALAM: Seorang lelaki yang merupakan peserta forum anjuran Pakatan Harapan berang semasa mengajukan soalan kepada bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad.

Menyalahkan Tun Mahathir tentang polisi kerajaan yang diguna pakai Umno pada zaman pemerintahan negarawan itu, lelaki itu turut menyindir polisi itu masih lagi digunakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada hari ini.

Tidak menepati jawapan daripada soalan itu bagaimanapun, Tun Mahathir mengakui dirinya merupakan manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Malah, sudah menjangka bakal dihentam oleh penyokong dalam kalangan parti pembangkang.

“Saya adalah manusia biasa tak sunyi dari kesilapan.

“Saya tahu saya datang sini mesti kena hentam. Ada banyak benda saya nak cakap saya tak kata, kerana takut ada yang tak seronok,”katanya di forum bertajuk Najib Bersubahat atau Tidak Bersalah, di sini sebentar tadi.

Beliau berkata, untuk mendapatkan sokongan ramai perlu mengecilkan matlamat perjuangan supaya dapat diterima semua pihak.

“Nak dapatkan sokongan ramai kita kena perkecilkan matlamat atau perjuangan kita pada yang boleh diterima oleh semua dengan itu kita akan berjaya. Kalau nak ini nak itu kita akan gagal,”katanya.

Terdahulu, Tun Mahathir berkempen bagi deklarasi rakyat dan forum kali ini merupakan yang ketiga dihadirinya selepas turun dalam perhimpunan menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dua minggu lalu.

Tiada ulasan: