"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penyanyi dangdut maut sebab teruskan nyanyian selepas dipatuk ular (Gambar)

Dipatuk ular, terus menyanyi, maut atas pentas
Salah satu aksi Irma Bule di atas pentas.
KARAWANG - INDONESIA. Seorang penyanyi dangdut maut selepas dipatuk ular dan meneruskan menyanyi tanpa mendapatkan rawatan segera, Ahad lepas.

Menurut laporan Merdeka, Irma Bule, 29 terpijak seekor ular jenis 'King Cobra' yang sebelum itu dibawa naik ke atas pentas dan digigit haiwan tersebut.

Kejadian tersebut disaksikan orang ramai dan Irma dipelawa untuk mendapatkan penawar ular namun beliau menolak dan meneruskan persembahan.

"Selepas 45 minit, Irma mula muntah-muntah, mengalami kejang otot dan jatuh lumpuh," kata seorang saksi, Ferlando Octavion Auzura.

Irma dikejarkan ke hospital namun mangsa disahkan sudah meninggal dunia.

Sebuah video yang merakam Irma digigit ular berkenaan di bahagian paha juga telah tersebar ke laman sosial.
-sinarharian-

Tiada ulasan: