"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Guru wanita menari tunjuk coli depan pelajar

Pelajar sebuah sekolah di Itali merakam aksi seorang guru wanita menari di hadapan kelas sambil mempamerkan dadanya.

Tarian seksi yang dilakukan guru wanita itu dikongsi ribuan kali di media sosial seperti Whatsapp.

Video itu dipercayai dirakam di Gramsci Keynes Institute, Tuscany City di Prato Itali dan menimbulkan kemarahan ibu bapa.

Dalam rakaman singkat itu, guru wanita berambut perang itu menarik pakaiannya ke atas dan menunjukkan coli berwarna putih yang dipakainya.

Dia kemudian menari dengan meliukkan badannya sementara pelajar merakam aksinya berbuat demikian.

Guru wanita itu kelihatan sedar aksinya dirakam, namun hanya membiarkan dan bahkan tersenyum memandang kamera.

Media tempatan melaporkan guru itu mengajar subjek teknologi maklumat namun tidak mendedahkan identititnya.

Video tersebut pertama kali disiar oleh satu kumpulan di Facebook.

Kumpulan itu dilapor menyatakan aksi guru wanita itu lebih sesuai dilakukan di kelab malam berbanding di dalam kelas.

Pengetua sekolah Maria Grazia Tempesti dilapor berkata beliau sangat terkejut ketika menonton video itu.

Beliau menambah pihak sekolah telah mengambil tindakan dispilin dan memanggil guru wanita berkenaan untuk siasatan.

Bagaimanapun pihak sekolah mengakui masih belum menerima bantahan mengenai tindakan tidak senonoh guru wanita terbabit.

Tiada ulasan: