"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Mayat ketiga dijumpai, belum berjaya dibawa naik


SHAH ALAM: Polis Sarawak memaklumkan orang awam menemui mayat sekitar jam 10.30 pagi tadi kira-kira 1 kilometer dari penemuan mayat pertama semalam, di Sungai Batang Lupar.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata, namun mayat tersebut masih belum dapat dibawa naik pasukan mencari dan menyelamat (SAR) gara-gara keadaan air yang surut ketika ini.

“Di lokasi mereka (pasukan SAR) nampak satu mayat lagi tapi masalahnya sekarang ini air surut jadi bot tidak dapat nak menghampiri mayat.

“Kami cuba yang terbaik untuk mendapatkan mayat mangsa satu lagi. Buat masa ini masih berusaha merapati tempat yang dimaksudkan. Kami akan cuba cara ‘airlift’ kalau boleh. Saya masih menanti laporan dari lokasi.

“Saya hanya dapat mengesahkan satu mayat dapat dibawa naik dan satu mayat (ketiga) yang telah dimaklumkan masih belum dapat disahkan,” katanya pada sidang media, sebentar tadi.

Beliau juga tidak dapat mengesahkan sama ada mayat tersebut merupakan mangsa nahas helikopter yang hilang ketika dalam penerbangan ke Kuching, kelmarin.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu operasi SAR yang diteruskan jam 11 malam tadi terpaksa dihentikan jam 2.30 pagi dan bersambung jam 7 pagi tadi.

“Sekarang kita sudah tambah kekuatan ke darat juga. Tentera dan polis ke darat untuk mengesan sebarang kesan (kemalangan) di sana,” katanya.

Semalam mayat pertama ditemui sekitar jam 12 tengah hari tersangkut di tebing Sungai Batang Lupar dan disahkan sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon.

Hari ini, kira-kira jam 8.31 pagi mayat lelaki berjaya ditemui dan dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk pengesahan.

Namun masih tiada sebarang pengumuman dibuat pihak berkuasa mengenai identiti mayat.
-sinarharian

Tiada ulasan: