"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jurujual lelaki dicabul pengawal keselamatan

Seremban: Seorang jurujual lelaki mendakwa dicabul seorang pengawal keselamatan lelaki di tempat parkir di sebuah stesen bas di Seremban, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun, kejadian dipercayai berlaku jam 2.30 pagi ketika mangsa yang berusia 20 tahun sedang menunggu bas untuk pulang ke Melaka.

“Mangsa dikatakan telah bertemu dengan suspek berusia 31 tahun yang merupakan pengawal keselamatan di situ untuk bertanyakan suis bagi mengecas telefon bimbitnya.

“Berdasarkan laporan mangsa, mereka pada awalnya hanya berbual dan suspek telah memberitahu yang dia mempunyai kepakaran mengurut badan,” katanya.

Memetik Sinar Harian, suspek kemudiannya menawarkan untuk mengurut badan mangsa selepas mangsa memberitahu dia mengalami masalah sakit belakang.

Mangsa yang tidak selesa apabila disuruh untuk membuka baju kemudiannya telah dipaksa baring oleh suspek yang terus melakukan urutan sehingga bahagian kemaluan mangsa.

“Namun mangsa terus melarikan diri apabila suspek meminta untuk melakukan seks luar tabii dan mangsa membuat laporan polis,” kata Muhamad Zaki.

Susulan itu, suspek telah ditahan reman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.
-kualalumpurpost-

Tiada ulasan: