"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penganalisis ramal rakyat Sarawak tolak politik Islam PAS

Faiz Zainudin 
Mohd-Azizuddin-Mohd-Sani_pas_sarawak_600PETALING JAYA: Penganalisis politik menjangkakan PAS akan berdepan laluan sukar bagi memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, walaupun hanya untuk mendapatkan satu kerusi.
Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani dari Universiti Utara Malaysia berkata ini disebabkan rakyat Sarawak pasti akan menolak PAS yang membawa perjuangan Islam di negeri itu.

“PAS akan ditolak kerana akar umbi mereka tidak kuat dan PAS juga terpaksa bersaing dengan AMANAH. Jadi kerusi yang ditandingi PAS akan memberi kelebihan kepada BN untuk menang,” katanya.

Dr Azizuddin berkata BN juga dijangka menang mudah di semua 11 kerusi yang ditandingi PAS memandangkan ‘mood’ rakyat Sarawak lebih meyakini parti tempatan berbanding parti dari Semenanjung.

“Pengundi Sarawak juga mahu parti tempatan, bukannya nasional (dari Semenanjung). Mereka juga akan menolak politik Islam PAS pada masa ini,” katanya kepada FMT.

Mengulas penerimaan rakyat Sarawak terhadap parti dalam Pakatan Harapan dan PAS, Dr Azizuddin berkata blok pembangkang dari Semenanjung sukar menambat hati apatah lagi untuk mentadbir negeri bumi Kenyalang itu.

“Pakatan Harapan dan PAS sepatutnya membentuk parti tempatan di Sarawak yang boleh bergabung dengan mereka di peringkat nasional.

“Orang Sarawak selalu suspicious (curiga) dengan orang luar dan parti luar, itu sebab parti luar (dari Semenanjung) sukar mendapat tempat. UMNO sendiri pun tidak masuk ke Sarawak,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan PAS berpeluang mendapat ‘anak sulungnya’ pada PRN kali ini di kerusi DUN Beting Maro memandangkan ia kawasan majoriti kaum Melayu.

Perkara itu diakui pemerhati politik Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi yang menjalankan penyelidikan bersama pasukannya di Beting Maro.

Awang berkata PAS mungkin akan menang di Beting Maro susulan pelbagai rungutan pengundi terhadap calon penyandang daripada BN yang tidak mesra rakyat selepas diberi mandat sebelum ini.

Tiada ulasan: