"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gadis 14 tahun dirogol beramai-ramai, dibunuh (Gambar)

Mayat mangsa
Jakarta: Aktivis Indonesia mendesak kerajaan menggubal undang-undang dengan mengenakan hukuman lebih berat terhadap keganasan seksual selepas kejadian seorang pelajar perempuan 14 tahun dirogol beramai-ramai sebelum dibunuh oleh sekumpulan 14 lelaki ketika pulang dari sekolah di Bengkulu, Sumatera.

Kejadian itu berlaku 2 April lalu, namun ia hanya tersebar sejak beberapa hari lalu, selepas disiarkan di media sosial.

Dalam kejadian di sebuah kampung kecil itu, mangsa dikenali sebagai Yuyun, ditarik ke dalam hutan sebelum dirogol kumpulan lelaki yang sebahagian besarnya berusia bawah 18 tahun. Mayat mangsa ditemui tiga hari kemudian dalam keadaan penuh lebam, bogel dan terikat dalam parit.

Menurut polis mereka dikatakan mabuk minuman keras ketika kejadian dan 12 orang daripada kumpulan itu sudah ditahan.

Kejadian itu menimbulkan kemarahan orang ramai yang mendesak kerajaan bertindak tegas berikutan peningkatan kes kekejaman seksual dan jenayah terhadap wanita.

Presiden Joko Widodo turut memberi perhatian dengan mengutuk kejadian itu melalui Twitter menegaskan remaja dan kanak kanak perlu dilindungi daripada keganasan.
-kualalumpurpost-
12 Pemerkosa Yuyun Ajukan Pembelaan, Menteri Geram : Hukum Kebiri Saja.

Tiada ulasan: