"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Warga emas rakam aksi seks dengan pembantu rumah

SUBANG JAYA: Pelakuan jijik seorang warga emas yang menjadikan pembantu rumahnya sebagai hamba seks berjaya dibongkar selepas polis menahan seorang lelaki berusia 69 tahun di rumahnya di USJ 2, di sini, Rabu lalu.

Lebih jijik lagi, suspek tergamak merakam adegan hubungan seks dilakukan bersama mangsa yang kemudian disimpan dalam kad memori miliknya.

Difahamkan, mangsa seorang wanita warga Indonesia berusia 25 tahun sudah bekerja dengan suspek sejak empat tahun lalu dan tinggal di rumah itu bersama isteri suspek yang lumpuh serta seorang lagi pembantu warga Indonesia.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, hasil maklumat dan risikan, pihaknya menahan suspek dan seorang anak perempuannya selepas dipercayai terbabit dengan kes memperdagangkan orang bagi tujuan eksploitasi.

Hasil siasatan seterusnya, anak perempuan suspek dibebaskan dengan jaminan polis bagaimanapun bapanya direman sehingga hari ini.

Seorang lagi pembantu rumah warga Indonesia yang didapati bekerja dengan suspek sejak Ogos tahun 2012 ditahan kerana didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan diri sah.

Beliau berkata, mangsa pernah menerima wang gaji sebanyak RM5,000 daripada suspek yang dihantar ke negara asalnya sekali sepanjang empat tahun bekerja.

“Mangsa dipercayai dijadikan hamba seks sejak empat tahun lalu, dia dihantar ke Kedutaan Indonesia sebelum ke rumah perlindungan saksi di Johor Bahru untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, petang tadi.

Mohammad Azlin berkata, polis merampas cakera keras, tujuh kad memori dan dua cakera padat (CD) yang dipercayai mengandungi rakaman seks suspek bersama mangsa.

“Barang kes dihantar ke Jabatan Forensik di Cheras untuk siasatan isi kandungan dan kertas siasatan akan disiapkan dalam tempoh terdekat," katanya kes disiasat bawah Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang (ATIP) 2007.
-sinarharian-

Tiada ulasan: