"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Konsert 'Jerusalem' di Kampung Akai Kemetot

JAMZURI ARDANI
Panjang Pok Jib termenung. Satu demi satu angkara Pok Jib kantoi. Cerita curi duit, joli katak di kampung besar, anak Pok Jib hutang judi, upah peguam jahat, macam-macam berita tersebar. Pok Jib cari jalan biar orang kampung sibuk cerita hal lain pulak.

Pok Jib dapat idea. Dia bisik pada anak buah dia, Derih. Derih mengangguk.

Dua hari kemudian penduduk Kampung Akai Kemetot gempar. Iklan konsert kumpulan rock "Jerusalem" ditampal merata-rata. Ada poster ditampal di tiang-tiang lampu, di pagar surau, di pokok tepi jalan. Kain rentang di simpang masuk kampung, di tapak pasar, di padang mainan ...merata-rata.

Tok Imam bising. Tok Siak marah-marah. Lebai-lebai mengamuk. Depa kata Yahudi nak masuk kampung. Pakcik-pakcik, makcik-makcik, kakak-kakak, abang-abang, orang lelaki, perempuan, anak muda, orang tua jadi bingung. Semua jadi panik.

"Konsert Yahudi ... konsert Yahudi ... kita mesti bantah ... kita mesti lawan ... ini jihad ... fisabilillah. Orang Melayu haram ikut perangai Yahudi", di sana- sini orang berteriak marah penganjur konsert.

Di hujung kampung kelihatan si Derih berbisik dari satu kedai kopi ke satu kedai kopi. Orang yang mendengar mengangguk-ngangguk.

Esoknya penduduk kampung berdemo di depan bengkel Uncle Lim. Semua marah-marah maki hamun Uncle Lim. Terkejut beruk Uncle Lim. Tak pasal-pasal dia kena hamun penduduk kampung. Uncle Lim tak tahu menahu pun pasal "Konsert Jerusalem".

Tak semena-mena Derih muncul menenangkan keadaan. Dia buat pengumunan Ketua Kampung, Pok Jib dah bagi arahan batalkan konsert Jerusalem.

"Demi Melayu, Demi Islam ... Ketua Kampung kita bagi arahan supaya Konsert Jerusalem batal", umum Derih.

Orang kampung pun balik. Mereka puji Pok Jib. Marah pada Uncle Lim tak hilang.

Orang kampung lupa cerita curi wang. Lupa cerita hutang judi. Lupa cerita joli katak. Lupa cerita peguam jahat. Orang kampung fikir nasib baik Pok Jib ada, kalau tidak kampung mereka sudah dijajah Yahudi dan Uncle Lim yang "jahat" itu.

Di rumah Pok Jib, Kak Mah ketawa terbahak-bahak sambil mengira wang yang dicuri dari orang kampung.

"Laki aku hebat ... memang hebat", sorak Kak Mah sambil bertepuk tangan.

Tiada ulasan: