"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Luahan hati Putera William mengenai kematian ibunya, Diana

FMT Reporters
princess-diana-prince-william
20 tahun selepas kematian, Puteri Diana, anak keluarga Diraja Britian, Putera William dan Putera Harry akhirnya meluahkan hati mengenai insiden yang satu masa dulu menggemparkan seluruh dunia.

Dalam satu temuramah dengan BBC News sempena ulang tahun ke-20 kematian Diana pada Ogos 2017, William akui, dia dan adiknya gagal melindungi ibu mereka.

Duke of Cambridge mengeluarkan kenyataan tersebut selepas mengaku bersedia bercakap mengenai ibu mereka kerana, “mereka terhutang kepada Diana.”

Tambahnya, “Saya dapat merasakan kami berdua banyak mengecewakan ibu pada masa muda.”

Ketika itu, William hanya berusia 15 tahun dan tidak dapat melindungi ibunya.

“Kami berasa terhutang budi kepadanya selama 20 tahun ini dan kini tiba masa untuk memberitahu orang ramai sikap beliau sebenarnya”

Keterangan lanjut mengenai pengakuan William akan ditayangkan dalam dokumentari 90 minit BBC1 pada 31 Ogos nanti, hari Diana maut selepas terilbat dalam suatu nahas di Paris.

William juga memberitahu dia begitu terkejut dengan tindak balas orang awam terhadap berita kematian ibunya.

“Kami terkejut dengan kasih sayang, cinta dan emosi yang ditunjukkan rakyat dunia,” katanya mengimbas kenangan 20 tahun lalu.v

Tiada ulasan: