"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Ketulan ayam ‘terbang’ di kedai nasi kandar ketika pergaduhan (video)

FMT Reporters


GEORGE TOWN: Seorang penyelia restoran cedera ketika cuba menghentikan pergaduhan antara 2 kumpulan lelaki yang saling membuang ketulan ayam di sebuah kedai nasi kandar di Bukit Mertajam, awal pagi tadi.

Kejadian pada jam 3.20 pagi itu mengakibatkan tangan kanan penyelia berusia 28 tahun itu cedera ringan.

Menurut polis, insiden itu bermula apabila sekumpulan lelaki “menjerit” pelayan ke meja mereka.

Dua lelaki di meja lain menyangkakan jeritan itu ditujukan kepada mereka. Akibatnya, seorang daripadanya membuang ketulan ayam ke arah 4 lelaki itu sebagai tanda protes.

Restoran itu kemudiannya menawarkan makanan dan minuman percuma kepada semua pelanggan ketika penyelia dan pekerjanya cuba menghalang 2 kumpulan lelaki itu daripada menendang serta menumbuk satu sama lain.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, 3 lelaki berusia 21 hingga 23 tahun ditahan kerana memiliki senjata.

Katanya, polis turut mengenal pasti 3 lagi lelaki dan mereka dikehendaki untuk membantu siasatan.

“Kami sudah mengambil rakaman kamera litar tertutup mengenai insiden itu untuk siasatan lanjut,” katanya.
video

Tiada ulasan: