"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penganalisis: Isu kaum, agama tak berkesan untuk BN lagi

Robin Augustin

PETALING JAYA: Seorang saintis politik meramalkan Barisan Nasional sukar meraih sokongan rakyat pada pilihan raya umum ke-14 dengan hanya bergantung kepada isu perkauman dan agama.

Prof Marzuki Mohamad dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) berkata, tidak seperti dahulu, 2 elemen itu bukan lagi faktor utama apabila bercakap mengenai pengaruh ke atas pengundi.

Memetik satu kajian dijalankan penyelidik UIA awal tahun ini, beliau mendedahkan pengundi juga bimbang dengan kenaikan harga barang, kadar jenayah, kejatuhan nilai ringgit serta pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Marzuki yang juga setiausaha politik Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika beliau menjadi menteri pendidikan berkata, parti pemerintah tidak boleh lagi berbangga dengan prestasi mereka seperti dilakukan pada 1980-an dan 1990-an.

Katanya, ini sebahagian besarnya disebabkan kontroversi baru-baru ini yang membelenggu pentadbiran serta ekonomi negara.

“Kad agama dan kaum digunakan untuk melawan fakta yang mereka tidak menunjukkan prestasi, kini ia bukan lagi faktor tunggal dalam mempengaruhi pengundi.

“Jadi, BN dalam keadaan sukar,” katanya kepada wartawan selepas berucap pada Sidang Kemuncak Kebebasan Malaysia, hari ini.

Marzuki bagaimanapun percaya BN dan pembangkang akan terus memainkan isu perkauman dan agama bagi menarik sokongan pengundi daripada “komuniti etnik” tertentu.

Beliau juga mendakwa BN pada PRU13 lalu memainkan isu perkauman dan agama “ke tahap maksimum”.

“Ia agak berkesan pada PRU lepas. Kita lihatlah sama ada ia akan berkesan pada PRU14.”

Tiada ulasan: