"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PANAS!!! Anak Husam Musa ditahan atas tuduhan memilik 200 biji pil kuda

Husam mengaku pemuda yang didakwa miliki pil kuda anaknya

ZIKRI ABDULLAH
Adun Salor, Datuk Husam Musa mengesahkan beliau mendapat tahu anaknya ditahan polis daripada seorang jiran.

“Saya hanya mendapat tahu anak saya, Ahmad Syafi direman di Mahkamah Kota Bharu atas tuduhan memilik 200 biji pil kuda, jam 5.22 petang tadi (19 November 2017), apabila seseorang menghantar imej laporan Malaysiakini melalui WhatsApp,” katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Katanya juga, beliau hanya diberitahu oleh seorang jiran tempat beliau ditahan petang semalam bahawa anak beliau ditahan sekumpulan lelaki.

“Sehingga kini, tiada pemakluman rasmi oleh polis dibuat kepada saya mengenai penahanan itu.

“Juga tiada pemakluman polis bahawa beliau akan dibawa ke mahkamah untuk tahanan reman pagi tadi.

“Saya juga tidak diberitahu sehingga kini di mana anak saya ditahan,” katanya.

Husam berkata, beliau akan mengeluarkan kenyataan penuh mengenai isu ini selepas dapat menemui anak beliau pada masa terdekat dengan keizinan polis.

Tiada ulasan: