"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

“Bapak tiri dan anak tiri sama-sama jadi manusia paling jahat”

ARIF ATAN 
“Bapak tiri dan anak tiri sama-sama jadi manusia paling jahat”Bekas Mejar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Zaidi Ahmad mengingatkan rakyat Malaysia terdapat seorang bapa tiri bersama anak tiri yang terbukti sebagai penjenayah paling jahat di negara ini.
Zaidi yang dipecat oleh kerajaan Umno-BN ekoran laporan dakwat tidak kekal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu mempersoal masa depan generasi akan datang apabila “perompak dan penjenayah” itu diangkat sebagai pemimpin nombor satu Malaysia.

Walaupun tidak menyebut nama kedua-dua individu terbabit, pautan rakaman video yang dilampirkan selain penggunaan kata ‘haram jadah’ yang pernah disebut oleh Datuk Seri Najib Razak di hadapan peneroka Felda menjelang PRU-13 dilihat merujuk kepada Presiden Umno itu dan anak tirinya, Riza Shahriz Abdul Aziz.

Nama Riza sebelum ini muncul pada tuntutan saman sivil Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) yang difailkan di Los Angeles pada 20 Julai 2016 ekoran pembelian 17 aset di AS, Switzerland dan United Kingdom hasil penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Selain Riza, nama lain yang disebut dalam dokumen 136 halaman itu ialah ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low, Tan Kim Loong, serta pegawai kerajaan Abu Dhabi, Khadem al-Qubaisi dan Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

Turut didedahkan akaun bank milik individu yang digelar Malaysian Official 1 (MO1) didakwa menerima sejumlah AS$731 daripada 1MDB yang kini dianggap syarikat pelaburan negara sarat skandal kewangan terbesar di Malaysia.

Kenyataan Zaidi berserta rakaman yang dimuat naik di YouTube bertajuk, “Mari Lihat Jumlah Duit 1MDB Rakyat Telah Dicuri Oleh Jho Low, Riza Aziz Dan Najib! Tony Pua” itu kemudiannya tular di media sosial hari ini.

Sehubungan itu, bekas juruterbang TUDM yang dilantik sebagai Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang tahun lalu berkenaan berpendapat pihak yang masih juga menyokong kleptokrat terbabit sebagai dungu.

“Ada seorang bapak ini (lebih tepat bapak tiri) memang bapak tiri haram jadah, bukan nak didik anak tiri bagi jadi elok tapi bapak tiri dan anak tiri sama-sama jadi manusia paling jahat di bumi Malaysia sekarang ini.

“Siapa dia? Sila lihat video di bawah. Memang haram jadah. Sesiapa yang masih sokong lagi tak tahu nak kata apalah.

“Memang bodoh bangang nak sokong perompak dan penjenayah sebagai Perdana Menteri? Apa nak jadi dengan nasib anak cucu cicit korang bila seorang perompak dan penjenayah korang angkat sebagai pemimpin nombor satu negara?” tempelaknya.

Sehubungan itu, Zaidi menyeru pengundi hanya memberikan sokongan kepada calon AMANAH, PKR, Bersatu dan DAP pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

“Masih belum terlambat untuk selamatkan Malaysia. PRU-14 pastikan anda undi Pakatan Harapan,” tambahnya lagi.

Tiada ulasan: