"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tiada kata lain untuk Hasnul selain pengkhianat

SITI NUR ZAWANI MISCON

Selepas seminggu kita menyaksikan tangisan Exco Kerajaan Negeri, Hasnul Zulkarnain yang sebak mahu meninggalkan pejabatnya, kejutan pula dibuat dengan pengisytiharaan untuk menyokong pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Perak.

Tindakan yang dianggap berpaling tadah itu mendapat kecaman hebat dari Pemuda AMANAH setiap peringkat yang berterusan melahirkan rasa kecewa terhadap Adun Titi Serong itu.

Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda AMANAH Batu Pahat, Othman Ahmad Bajrai, berkata, tiada kata lain dapat merujuk kepada perbuatan sedemikian selain pengkhianatan kepada rakan sekapalnya.

“Hasnul atau dikenali noi yang meninggalkan AMANAH dan PH, adalah satu perbuatan khianat kepada parti dan juga rakan-rakan pemuda.

“Keputusan yang diambil Hasnul dalam keadaan negara masih tidak stabil dengan situasi parti yang sedang berusaha keras memantapkan saf pimpinan, adalah tidak wajar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Othman turut melahirkan rasa kesal apabila seorang sumber mengatakan bahawa Adun Titi Serong itu meninggalkan parti oleh kerana beliau seorang Exco kerajaan negeri.

“Walaupun beliau berhujah terpaksa melakukan ini semua sebagai seorang Yb bertaraf Exco, ia merupakan hujah yang kurang cerdik kerana dalam AMANAH bukan kamu sahaja Yb.

“Ramai lagi pimpinan AMANAH yang jadi Yb. Antara pimpinan yang dipujuk oleh kerajaan haram itu ialah bekas Ketua Melaka, Adly Zahari yang ditawarkan macam-macam jawatan.

“Tapi atas prinsip dan dasar parti yang dipegang kuat. Beliau sesungguh hati menolak tawaran tersebut,” katanya.

Othman Ahmad merujuk kepada beberapa pimpinan atasan yang pernah dipujuk untuk menyertai gabungan PN termasuk Presiden AMANAH, Mohamad sabu.

Jelasnya dengan apa yang berlaku, Hasnul akan terus dikenang sebagai satu-satunya ketua dalam pemuda AMANAH yang mengkhianati perjuangan parti.

Justeru katanya, Pemuda AMANAH perlu bangkit membantu mengemudi parti ke satu tahap yang boleh dibanggakan oleh generasi akan datang.

Tiada ulasan: