"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Selepas keluar parti, gambar Hasnul bersama kereta mewah tular

ARIF ATAN


Gambar bekas Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim bersama sejumlah kereta mewah tular di media sosial sejurus pengumumannya keluar parti, sekali gus meninggalkan Pakatan Harapan (PH).

Melainkan kereta Toyota Camry yang merupakan kenderaan rasmi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Perak (Exco), rata-rata warga maya mengaitkan dua kereta mewah lain dengan tindakan Hasnul menyokong kerajaan pintu belakang Perikatan Nasional (PN).

Dua kenderaan itu adalah jenis Velfire dan Lexus yang masing-masing berharga RM300,000 ke atas bahkan boleh mencecah setengah juta bergantung pada spesifikasi.

Ekoran itu, warga maya yang dilihat penyokong PH terus-menerus mengecam Adun Titi Serong tersebut dengan mengaitkan biaya untuk menampung gaya hidup mewah.

Antaranya pengguna Facebook, ‎Daniel Zairin‎ yang mempersoalkan Hasnul akan bertanding di mana pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Umno? Bersatu? Karier politik kau akan berakhir sejurus Dun Perak dibubarkan. Tunggu dan lihat,” ujarnya.

Tiada ulasan: