"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penuh Syarat Liga Super: Taniah Nizar & Pasukan seladang

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengucapkan tahniah di atas kepimpinan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin selaku Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Perak yang telah memastikan Pasukan Bolasepak Negeri Perak layak menyertai pertandingan Liga Super musim baru dan juga telah berjaya menyelesaikan hutang lapuk sepertimana yang telah diberikan syarat tambahan oleh Persekutuan Bolasepak Malaysia.


DPPN Pk memuji sikap Datuk Seri Nizar kerana beliau yang telah dipertanggungjawabkan selaku Presiden berjaya mengurus Persatuan Bolasepak Negeri dengan baik dan berusaha memastikan hutang-hutang lapuk semenjak tahun 2006 diusahakan untuk diselesaikan. DPPN Pk yakin di atas kewibawaan beliau sebagai seorang tokoh yang disegani berjaya menggerakkan Persatuan melalui semua Ahli Majlisnya bersatu membantu Pasukan Bolasepak Negeri untuk layak menyertai Liga Super 2010 ini.


DPPN Pk melihat usaha yang telah dilakukan oleh Datuk Seri Nizar mesti diteruskan dan ciri kepimpinan yang telah beliau tunjukkan, akan memastikan Pasukan Bolasepak Negeri akan terus mencapai kejayaan. DPPN Pk juga yakin Datuk Seri Nizar akan bertindak sebagai nakhoda atau ketua yang boleh bekerjasama dengan semua pihak tanpa bersentimenkan perkara yang tidak sihat.


Malah DPPN Pk amat berkeyakinan dengan kepimpinan Datuk Seri Nizar ini akan mencapai kehendak penyokong, peminat dan rakyat Negeri Perak yang cintakan sukan bolasepak ini. Penyatuan yang telah ditunjukkan oleh Datuk Seri Nizar di dalam menguruskan Persatuan Bolasepak ini harus dipuji kerana tindakan cemerlangnya. Syabas DPPN Pk ucapkan kepada Datuk Seri Nizar, semoga majulah sukan untuk negeri Perak yang kita cintai ini.


SALMAN HAJI SALEH

Naib Ketua,

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Tiada ulasan: