"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wang Ehsan: Umpan Yang Tidak Mengena

laniisma
Kerajaan Kelantan pimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak tawaran Pusat untuk melantik wakil kerajaan negeri dalam jawatankuasa pemantau wang ehsan di Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri.

Wajarlah, kerana hak kerajaan negeri sepatutnya hanya untuk negeri. Nampaknya umpan Datuk Awang Adek Hussin tak mengena dan hanya bermanis mulut membuat tawaran, sedangkan sudah terang lagi bersuluh mereka membolotnya. Eloknya juga Tuk Guru berpendirian begitu. Mereka yang dah merompak harta kita, diajaknya kita membahagikan harta kita kepda puak mereka dan kita hanya memerhati sahaja.

Kalaupun menjadi wakil kerajaan negeri dalam jawatankuasa tersebut boleh menyesakkan nafas dan menyeksa batin juga. Projek-projek yang dilaksanakan, sudah barang tentu kroni pejuang wang juga yang akan dapat. Kuasa di tangan mereka dan wakil kerajaan negeri nanti ternganga juga jawabnya. Mereka cuma putar alam memperlihatkan mereka baik, menipu rakyat yang mereka tidak meminggirkan kerajaan negeri.

Wang royalti yang sepatutnya diterima kerajaan negeri, terik urat-urat merih Awang Adek mengatakan kerajaan negeri tak layak mendapatnya. “Mereka sebelum ini mendakwa Kelantan tiada hak, tetapi sekarang ada hak, cuma dengan nama ehsan, kita berdoa pada Allah, sama ada awak (pemimpin Umno) nak kata ada hak atau tak ada hak, petrol ni tak ada di Kuala Lumpur,” ujar Tuk Guru. Apabila menjadi wang ihsan mereka bermanis muka pula.

Adanya Jawatankuasa Pembangunan Wang Ehsan, tidak kemana juga, nanti dikautnya juga oleh mereka dan sekiranya dibuat pembangunan untuk rakyat nilai menjadi berganda-ganda juga sebagaimana jirannya juara runtuh Terengganu. Wang untuk pembinaaan masjid dipulunnya juga. Sekiranya wang untuk disalurkan terus kepada rakyat, Umno jugalah yang merasa, bantuan itu, bantuan ini, muka yang sama memajaknya sampai bila-bila. Orang Umno dapatlah merasa lembu subsidi, telaga subsidi, atap rumah subsidi, baja subsidi dan ada bini disubsidikan juga. Orang Pas hanya menjeling, kalau nak pakat-pakat usaha sendiri. Jawatankkuasa tiada maknanya juga, kalau kita bising-bising mereka pekak badak semuanya.

Jadi esok lusa tuan-tuan lihatlah di akbar dilenyeknya Nik Aziz dan dilumatnya Kerajaan Negeri Kelantan dengan tuduhan-tuduhan yang pelbagai rekaan sendiri akibat penolakkan Tuk Guru. Maka masing-masing mulalah berlagak mereka yang betul, lagi-lagi kalau ditanya Rais Yatim, boleh meleleh liurnya dengan ulasan bahasanya.

Sama-sama kita berusaha dan mendoakan agar ketidakadillan yang menodai kita selama ini dan akan datang akan terhindar serta kental semangat pejuang-pejuang-Nya.

Tiada ulasan: