"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

BN akan Dapat Majoriti 2/3 di Parlimen Tidak Lama Lagi?

sofiwahab
Apakah benar BN akan memperolehi jumlah kerusi 2/3 di parlimen tidaklah dapat saya pastikan kebenarannya. Namun spekulasi itu boleh jadi akan menjadi kenyataan atau boleh jadi tidak berlaku sedemikian.

Semua itu bergantung kepada kekuatan dalaman dan kejituan pegangan ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat. Samada seseorang ahli parlimen Pakatan Rakyat benar-benar kuat semangat perjuangannya atau sekadar ingin menjadi wakil rakyat untuk memuaskan nafsu sendiri, itu hanya boleh dijawab oleh tuan empunya diri.

Bagi saya dan barangkali rakyat Malaysia, mereka yakin bahawa Ahli Parlimen PAS akan tetap bertahan dengan perjuangan mereka kerana sudah terdidik dengan tarbiah Islam bahawa melompat parti dalam perbuatan khianat dan berdosa kepada Allah. Apa tidaknya seseorang ahli sudah berbai'ah berjuang menegakkan Islam dan tidak akan lari perjuangan. Ikrar ini telah dibuat semasa ahli PAS mengisi borang keahlian dan sekali ikrar dibuat di dalam sijil keahlian PAS.

Insya Allah ahli PAS yang faham dan terdidik dengan perjuangan Islam tidak akan mudah menjual perjuangannya walaupun ditawarkan jutaan ringgit. Ini terbukti sebagaimana di Kelantan pada tahun 2004 apabila kerajaan PAS tetap bertahan walaupun pelbagai janji dan ugutan dibuat oleh lawan.

Namun saya tidak tahu sejauh mana kekentalan dan kekuatan semangat kawan-kawan dalam PR. Diharapkan mereka juga kuat dan semangat seperti pemimpin dan ahli PAS. Pengajaran di Perak benar-benar mengguris hati seluruh rakyat khasnya penyokong PR.

Saya membuat komen ini kerana Malaysiakini melaporkan bahawa khabar angin bertiup kencang yang menyebut bahawa beberapa Ahli Parlimen PR akan menyertai BN tidak lama lagi.

Ahli parlimen dari Pulau Pinang itu juga dikatakan sudah mendapat persetujuan daripada ahli parlimen Pakatan Rakyat yang lain untuk turut melompat. Dia juga didakwa sedang memikat beberapa ahli parlimen pembangkang yang lain lagi.

Rancangan mereka ialah menjadi ahli bebas sebelum menganggotai Parti Cinta Malaysia (PCM) yang baru ditubuhkan dan dipimpin oleh Tang Weng Chew.

http://mutaligat.blogspot.com

1 ulasan:

Unknown berkata...

Salam,
sy setuju umno dan Bn akan gunakan apasaja cara untuk terus berkuasa pelbagai cara telah ,sedang dan akan dilakukan .tak dapat cara pujuk mereka ugut dgn pelbagai ugutan.Ada diantara YB pas di Kelantan pernah ditawarkan RM8 Juta untuk menyertai mereka.Kalau iman didada tak kuat mmg boleh tumbang.Mereka boleh buat apa saja tapi hanya kuasa Allah yang menentukan segala-gala.