"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

50 termasuk pelajar ditahan bawah ISA

Lima puluh orang, termasuk rakyat asing dan pelajar universiti tempatan, ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Khamis lalu, kerana disyaki terbabit dalam keganasan, demikian menurut peguam Edmund Bon.

Menurut Edmund yang juga adalah peguam Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), mereka yang ditahan dibawa ke ibu pejabat polis Bukit Aman.

Menurutnya, 38 orang daripada mereka dibebaskan sehari selepas itu, manakala 12 lagi masih ditahan.

Edmund juga berkata, beliau telah bercakap dengan beberapa mereka yang telah dibebaskan dan sedang berusaha menemui mereka yang masih ditahan.

Bagaimanapun menurut Kementerian Dalam Negeri pihaknya belum dimaklumkan mengenai penangkapan itu.

ISA membenarkan penahan tanpa bicara.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: