MF Othman
Saya berani mengatakan bahawa Perdana Menteri 1Malaysia Datuk Seri Najib sebenarnya hanyalah mempunyai nasib yang agak baik. Begitu juga dengan nasib Datuk Seri Zahid Hamidi. Seorang lagi penjawat awam iaitu Tan Sri Gani Patail - lagi-lagilah amat bernasib baik
Mengapa?. Saya berkata demikian adalah kerana mereka menjadi pemimpin dan penjawat awam di sebuah negara yang bernama Malaysia. Kerana mereka tidak menjadi pemimpin dan penjawat awam di negara-negara maju seperti United Kingdom, Amerika dan Swirtzeland. Di negara-negara tersebut, orang-orang seperti Najib, Zahid dan Gani Patail - kalaulah layak, mungkin hanya setakat menjadi ketua cawangan parti sahaja.
Kenyataan ini bukan hanyalah rekaan dan cubaan semata-mata kerana selama menjadi PM, Menteri dan Peguam Negara, apa yang telah mereka tunjukkan kepada rakyat hanyalah kualiti kepimpinan yang sama taraf dengan ketua cawangan parti, kalaupun tidak lebih buruk daripada itu.
Di Malaysia, dengan taraf kemajuan yang disebut sebagai negara dunia ke tiga, orang seperti Najib sudah dikira amat layak untuk menjadi pemimpin tertinggi negara dan disanjung sebegitu rupa sehingga kita sendiri dapat menyaksikan bagaimana tangannya dicium ‘seolah-olah sampai nak tercabut seluar' oleh kuli-kuli bawahan semata-mata kerana ingin membodek.
Di dalam situasi negara dunia ke tiga juga, kepintaran dan kecerdikkan seseorang pemimpin bukanlah aset utama untuk dilantik menjadi pemimpin. Di Malaysia khususnya, jawatan sebagai pemimpin itu datang terlebih dahulu berbanding kepintaran dan kecerdikkan pemimpin tersebut.
Anda merasa kurang jelas?. Begini sahajalah. Kita biasa mendengar persepsi rakyat yang mengatakan - sebagai contoh Datuk Seri Nazri Aziz adalah seorang Menteri sebab itulah dia seorang yang ‘cerdik'. Maksudnya jawatan itu yang datang dahulu dan kemudiannnya di sebabkan jawatan itulah, maka beliau dikaitkan sebagai seorang yang cerdik. Kalaulah beliau bukan seorang Menteri, adakah cerdik tersebut akan dikaitkan dengan beliau?. Dan didalam keadaan seseorang pemimpin itu diragui kecerdikkan dan kepintarannya - tiba-tiba menjadi Menteri, adakah kita dapat mengatakan bahawa kecerdikkan dan kepintaran yang dimilikinya adalah suatu yang asli dan bukannya palsu sebagaimana gigi palsu?. Nampak kuat tetapi dengan senang boleh tercabut?.
Ini boleh dibuktikan dengan isu ‘Allah' yang sedang berlaku. Perhatikan sahaja gelagat para pemimpin negara yang kelihatannya begitu gelabah menanganinya terutama Datuk Seri Hissamuddin Hussien. Ironinya, seluruh dunia sedang mentertawakan mereka termasuklah budak-budak sekolah rendah Uganda.
Keadaan ini adalah terbalik dengan negara-negara maju dan mengamalkan demokrasi yang tulen. Di negara-negara tersebut, cerdik dan pintar haruslah datang dahulu dan barulah layak dilantik sebagai pemimpin. Persepsi rakyat mereka mengatakan bahawa seseorang pemimpin itu adalah seorang yang cerdik dan pintar, maka disebabkan itulah dia adalah layak dipilih dan dilantik sebagai seorang Menteri. Kalaulah seseorang pemimpin itu bukan seorang menteri sekalipun, maka cerdik itu masih ada pada dirinya sebab masyarakat itu sendiri berjaya melahirkan individu yang cerdik dan pintar kerana pengamalan demokrasi yang tulen dan nampak tulen. Nampak bezanya bukan?.
Pendek cerita, di sebabkan kita mempunyai mentaliti masyarakat negara dunia ke tiga inilah terutamanya orang-orang UMNO yang secara langsung yang telah memilih mereka, maka orang-orang seperti Najib, Zahid Hamidi, Hissamuddin, Nazri Aziz dan Gani Patail berpeluang untuk menjadi pemimpin dan penjawat awam tertinggi negara.
Sebagai pemimpin negara, tanpa gagal - mereka sentiasa berpeluang dan berusaha untuk memperbodohkan rakyat apabila setiap kali isu timbul untuk menutup kesalahan di pihak kerajaan. Isu terbaru kehilangan enjin jet F5E yang membawa kepada penangkapan hanya 2 orang pegawai bawahan dan secara tiba-tiba pula kes sudah pun dianggap selesai?.
Adakah begitu mudah mereka menyelesaikan kes yang sebegini besar?. Ini bukanlah kes raba punggung yang boleh selesai dengan hanya sedikit ‘pampasan'!.
Apakah pegawai bawahan yang ditangkap itu telah tiba-tiba menjadi terlalu genius sehingga boleh memperdayakan pegawai atasan termasuklah Panglima TUDM? termasuklah Menteri Pertahan ketika itu?. Sehingga kecurian enjin yang hampir sebesar anak Lembu itu tidak diketahui oleh sesiapapun?. Mungkin inilah hasil 1Malaysia. Global dan Lokal menjadi Glokal. Enjin yang menjadi lokal dan dijual secara global. Apakah kita tidak mahu ‘berbangga' apabila enjin tersebut telah menjadi glokal?.
Sebab itulah, saya ingin mengatakan sekali lagi bahawa saya tidak pasti apakah nasib mereka berlima apabila sekiranya kes ini berlaku di Thailand ataupun Filipina dan ditakdirkan pula kesemuanya mereka ini menjadi pemimpin dan penjawat awam di sana. Di negara-negara tersebut, dengan satu isu sahaja, seseorang pemimpin sudah boleh jatuh, dipaksa untuk meletakkan jawatan dan tidak mempunyai harapan untuk naik lagi. Lihat sahajalah apa yang berlaku kepada Thaksin dan Joseph Estrada.
Malangnya disini, mereka masih mampu tergelak besar dan tidak perlu risau akan ada demonstrasi secara besar-besaran yang mahu menyuruh mereka meletakkan jawatan. Malah, mereka masih berdiri tegak didalam jawatan masing-masing tanpa rasa sedikit bersalah pun. Apakah mereka masih mempunyai maruah dan harga diri?. Saya amat yakin, majoriti ramai di antara rakyat Malaysia merasa amat malu mempunyai pemimpin seperti mereka termasuklah saya sendiri secara peribadi.
Saya juga tidaklah pasti, apakah gred Matematik yang Zahid perolehi didalam peperiksaan SPM beliau (atau yang setaraf dengannya) apabila sekejap menyatakan enjin jet tersebut berharga RM50 juta. Kemudian yang terbaru hanyalah RM300 ribu lebih sahaja.
Terlalu besar perbezaannya. Apakah beliau tahu mengira?. Kalau tidak tahu, anak saya yang berumur 6 tahun boleh tolong ajarkan. Dia ingat, apa sahaja yang beliau katakan itu, rakyat terus percaya?. Mungkin sahaja selepas ini beliau akan berkata pula sebenarnya enjin jet itu hanyalah berharga RM2 sahaja kerana telah diberi subsidi oleh Amerika kerana kita mempunyai hubungan yang sungguh istimewa dan intim dengan negara tersebut. Jadi tidaklah perlu risau sangat tentang kehilangan enjin tersebut. Haha.
Inilah hasil dan akibat mempunyai pemimpin yang sentiasa ingin membenggongkan rakyat. Sedikit masa lagi, kita akan menjadi lebih benggong apabila GST dilaksanakan, petrol naik, barang naik,cukai naik dan semuanya naik. Dan ketika itu perhatikan sahaja carta peratus kenaikkan orang sakit mental yang semakin bertambah akibat mempunyai pemimpin yang juga benggong malah langsung tidak mempunyai nilai integriti sedikitpun.
Namun sebenarnya, inilah yang membezakan mereka dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Nik Abdul Aziz, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saudara Karpal Singh, Saudara Lim Kit Siang dan Saudara Lim Guan Eng yang sedang mara menuju ke Putrajaya, InsyaAllah!.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan