"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Abuya Dan Judi, Mana Yang Dato Harunsani Dahulukan?

laniisma
Cepatnya Mufti Perak menjawab berkenaan dengan Abuya bekas pengasas Al-Arqam yang dikatakan ghaib dan tidak mati. Pegangan pengikut-pengikut Abuya memang salah dan pendapat Harunsani di TV1 tadi sememangnya betul.

Cuma yang dipertikaikan begitu lajunya Harunsani melontarkan pendapatnya berkenaan isu tersebut kerana hari ini baru dihebohkan. Apabila melibatkan perjudian bola sepak yang dikelolakan kerajaan, amat lambat dan menjadi kura-kura, Harunsani memberikan pendapatnya, sehingga isu tersebut seakan-akan basi. Agak payah untuk Harunsani bersuara, mungkin judi ‘halal’ tersebut payah juga untuk ditafsirkan, kena membuka pelbagai kitab.

Bukannya hendak mengata tetapi keadaan Dato Mufti yang menjadikan kita berfikiran begitu. Nampaknya Dato Mufti kita amat berhati-hati juga apabila melibatkan Umno dan BN. Sayang juga Dato Mufti kepadanya.

Tiada ulasan: