"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

"Kalau Esok Selcat Pun, Tiada Masalah"

“Saya bersedia. Kalau esok hendak diadakan Selcat pun, tiada masalah."

Demikian kata Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam kepada TV Selangor apabila diminta mengulas mengenai penerimaannya terhadap siasatan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).

Beliau berkata, kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) tidak mungkin mampu melakukan siasatan sedemikian, sebaliknya berusaha menutup kesalahan masing-masing.

"Tiada masalah. Kita bersih, telus. Ini tidak berlaku dalam Umno atau MIC, MCA. Seorang Ahli Parlimen mahu bersihkan dari dalam, ini tidak akan dalam BN," katanya ketika dihubungi, petang ini.

Selcat dijadual berlangsung tiga hari bermula 2 Jun ini di Bangunan Annex, Dewan Negeri Selangor (DNS) dan Selcat akan dipengerusikan Speaker DNS, Teng Chang Khim dari antara jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Semua pihak yang terlibat secara langsung akan dipanggil emberi keterangan.

Namun, Manikavasagam turut mengulangi kekesalannya terhadap pihak tertentu yang cuba melaga-lagakannya dengan pucuk pimpinan kerajaan Selangor.

"Saya tidak berniat keluar parti. Ada khabar angin mengatakan saya akan keluar dari parti, mahu jatuhkan kerajaan, jatuhkan menteri besar. Tidak ada, tidak. Ini tidak benar, saya tetap bersama dengan parti,” katanya.
Beliau untuk sekian kali mengulangi kenyataan akan tetap setia dengan PKR yang dilihatnya begitu bersungguh-sungguh menghapuskan gelaja rasuah.

Mengenai pertemuannya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR itu memberi jaminan untuk menyelesaikan dakwaan penyelewengan rasuah melibatkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

“Beliau memberi jaminan kepada saya yang Selcat akan siasat kes ini. Beliau suruh saya bersabar dan tunggu,” katanya.
-tvselangor-

Tiada ulasan: