"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sumbangan RM100,000 kepada keluarga pengawal

Hafiz Irwan
KOTA BHARU, 18 Mei:
Pengawal Keselamatan Istana Diraja Kelantan, Ramli Mohd yang ditembak semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari tempat kerja awal bulan ini dikatakan kritikal sejak dua hari lalu.

Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata beliau dan pegawai-pegawai dari pejabat Sultan Kelantan telah dititahkan Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra untuk melawat Ramli.

"Keadaan beliau kini agak kritikal dan membimbangkan, mengikut maklumat yang saya terima, terdapat jangkitan kuman kepada beberapa organ penting beliau.

"Saya dan pegawai-pegawai dari Pejabat Sultan Kelantan telah dititah Pemangku Raja untuk melawat Ramli,” katanya kepada pemberita di hadapan wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, di sini petang ini.

Sehubungan itu, di atas keprihatinan Pemangku Raja demi meringankan beban keluarga Ramli, Tengku Muhammad Faris telah berkenan menghulur sumbangan RM100,000 kepada keluarga terbabit yang disampaikan oleh Halim kepada isteri Ramli di hospital petang tadi.

"Saya dititah untuk menyerahkan sumbangan ini kepada isteri Ramli dan Pemangku Raja berharap sumbangan ini akan meringankan beban keluarga Ramli" ujar Halim sambil menambah kes tersebut masih dalam siasatan polis.

Tiada ulasan: