"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jenazah Ramli selamat dikebumi, kes disiasat mengikut seksyen 302

Hafiz Irwan & Yusri Amin
KOTA BHARU, 20 Mei:
Jenazah Allahyarham Ramli Mohd selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kok Keli, Tumpat kira-kira pukul 10.15 malam tadi.

Sebelum itu jenazah telah disembahyangkan di masjid Muhammadi, Kota Bharu selepas solat Isyak.

Solat jenazah dipimpin oleh Mufti Kerajaan Kelantan, Datuk Mohd Sukri Mohamad.

Jenazah tiba di masjid Muhammadi pada pukul 9 malam daripada Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) selepas kerja-kerja bedah siasat selesai dilaksanakan sekitar pukul 7.30 malam.

Hadir sama Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad dan pegawai-pegawai dari pejabat Sultan serta Majlis Agama Islam Kelantan.

Ramli bekas seorang anggota tentera berkhidmat sebagai Pengawal Keselamatan Istana sejak 17 tahun lalu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.15 pagi semalam di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, Kota Bharu setelah dua minggu dirawat di Unit Rawatan Rapi.

Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak 1 Mei lalu ekoran cedera parah di bahagian dada akibat ditembak.

Kejadian berlaku semasa Allahyarham dalam perjalanan pulang ke rumahnya di kampung Kok Keli dari tempat kerja.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan lima orang anak.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah memberitahu kematian Allahyarham Ramli akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh selepas mangsa meninggal dunia.

Polis sebelum ini membuat penyiasatan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api

Tiada ulasan: